Selamat Datang ke Blog Dell!

Bersama Dell di Alam Maya
Sertai Saya

Majlis Pelancaran NovelPlus



By  nurdilla zaini     Jumaat, Januari 01, 2016    Labels: 
Pelawaan ke Majlis Pelancaran NovelPlus.
Pada petang 16 Disember 2015 – Dell mendapat mesej melalui Facebook daripada kenalan lama yang menjemput Dell ke satu majlis keesokan harinya. Dell bersetuju tanpa bertanya 'Apakah itu NovelPlus?' 

Bersama-sama Abang Richie Rahman dan kawan, En. Aznor.
Pada 17 Disember 2015 - Dell berkesempatan ke MATIC sempena Majlis Pelancaran NovelPlus.

"Haaa Dilla, mengapa lambat sampai?" Dell terus menoleh ke arah suara yang menyapa. Terkejut. Hanya tersenyum.

Dell dibawa ke restoren berdekatan untuk makan tengah hari. Kawan terus tanya, "Dell kenal rapat ke dengan Abg Richie Rahman? Kami kerja di bawah satu bumbung."

Dell tersengih. "Eh, taklah! Saya je kot yang kenal dia, rasanya dia tak kenal saya. Sebenarnya saya terkejut juga tadi, dia sapa saya macam tu. Dulu saya suka baca tulisannya di Majalah Remaja. Masa tu, saya sekolah menengah"

Ketika kami berbual-bual, Abg Richie Rahman datang ke meja kami. Dell senyum lagi sekali. Beliau terus bertanya kepada Dell, "Awak penulis juga ya. Terima kasih ya sudi datang ke majlis ini."

Terus Abg Richie Rahman makan semeja dengan kami. Banyak yang kami bualkan tentang dunia penulisan.

Sebenarnya, Dell ke majlis ini atas jemputan rakan lama yang dikenali ketika berada di MajlisMakan Malam Penyampaian Sijil Swatari 2011 bersama Dato Pak Ngah Suhaimi. Waktu itu, kami antara 10 peminat bertuah yang terpilih ke majlis itu.

Nak tahu apa itu NovelPlus? Boleh layari http://www.novelplus.co/

Terima kasih rakan Dell, Aznor Azizul sudi menjemput Dell ke majlis ini.
Terima kasih blogger kak Ieta Mat Sa'ad kerana tolong ambilkan gambar ini

Kenali nurdilla zaini

Panggilan nama Kak Dell ini muncul ketika Dell menjadi senior di tahun akhir pengajian Bacelor Sastera (Pengkhususan Bahasa dan Linguistik Melayu) di UPM. Junior yang me'reka' panggilan ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan