Skirting depan patah! |
Kemalangan yang sungguh tidak berbau terjadi kepada Dell pada 28 Mac (Jumaat) lepas. Ketika itu, Dell dalam perjalanan ke UPM. Kejadian tersebut berlaku sekelip mata. Yang peliknya, kereta Dell dilanggar oleh seorang penunggang motosikal ketika Dell sedang berhenti untuk menunggu lampu trafik berwarna hijau. Sedap je, skirting kereta Dell disauk dari tepi.
Mujurlah taukeh itu terus cakap, "Bukan salah you, memang salah saya tadi. Saya nak elak motor lagi satu yang datang himpit saya tadi. You ganti, nanti saya bayar." Kemudian, dia terus bagi kad pengenalannya untuk Dell ambil gambar. Satu kerja hendak ke bengkel kereta untuk ganti yang baru.
Alat ganti di perodua sangat mahal, mencecah RM600. Taukeh itu tidak percaya dan mahu cari sendiri alat gantian tersebut. Dell kata, "Saya hendak yang ori sebab ini kancil special edition, memang sudah built-in sekali." Beliau mengiyakan dan tetap hendak mencarinya sendiri.
Pada hari Ahad (13 April 2014) pula, ketika Dell dalam perjalanan ke Bengkel Penulisan Kreatif Pn. Nisah Haron di Kajang... tiba-tiba setelah masuk di kawasan Bandar Baru Bangi, kereta Dell meragam. Bergegar dan berbunyi agak kuat. Kereta itu pun secara automatik bergerak perlahan walaupun ditekan minyak. Ah, sudah!
Dell berdoa agar kereta boleh bertahan, selamat sampai pergi dan balik dari bengkel penulisan. Selesai sahaja bengkel penulisan, Dell terus ke bengkel servis kereta berdekatan. Mujur ada satu yang buka dan sederet dengan tempat bengkel penulisan tadi.
Mekanik tersebut memeriksa kereta Dell dan mengatakan ada tiga kerosakan tetapi dia meminta Dell pergi ke bengkel kereta berdekatan dengan rumah Dell kerana dia tidak boleh baiki kereta Dell pada hari tersebut, tidak sempat siap katanya. Mekanik tersebut ajar Dell bagaimana hendak pandu kereta yang rosak sebegitu sehingga sampai ke destinasi. Dia tidak meminta sebarang bayaran. Alhamdulillah, sampai juga ke area rumah Dell dengan selamat tanpa sebarang masalah.
Hari sudah hampir lewat petang, jam menunjukkan hampir pukul 4.00 petang. Mujur masih ada bengkel kereta buka pada waktu tersebut. Maklumlah, hari Ahad kebanyakan bengkel tutup. Mekanik di situ turut kata 3 kerosakan yang sama. Mereka sempat menukar dua bahagian di kereta Dell. Pertama, 'Drive Shaft Long & Gear Oil' (RM280) dan kedua, 'Brake Pad F' (RM80). Memang salah Dell tidak menukarnya beberapa bulan lepas walaupun sudah diberitahu akan kerosakan kecil waktu itu.
Manakala keesokkan harinya, baru tukar 'Compressor & Aircond Gas'. Memang Dell sudah dengar ada bunyi ketika pasang 'aircond' bermula bulan Februari lepas, tapi Dell asyik terlupa untuk pergi ke bengkel kereta untuk pemeriksaan. Nasib baik kereta tak 'jam', kalau tak memang kena 'towing-lah' jawabnya.
Mereka tanya sama ada Dell hendak guna alat gantian 'recon' (second hand) atau original. Dell memilih alat gantian original walaupun mahal untuk mengelakkan masalah lain pula berlaku. Nanti kang rosak, menyusahkan je. Waranti alat gantian 'recon' untuk tiga bulan sahaja. Sebelum itu, Dell sudah 'survey' harga alat gantian 'recon' dan original sehingga ke Johor. Anggaran harga dan jenama beberapa alat gantian, Dell sudah tahu. Kereta Dell guna jenama Panasonic.
Keseluruhan kos yang Dell kena ialah sebanyak RM1240.
Dapat percuma 'power bank' dan sekotak tisu. |
Dell berasa selesa berada di bengkel ini. Tempatnya bersih dan teratur. Ruangan menunggu pelanggan ada sofa yang selesa, penyaman udara dan wifi percuma. Air mineral turut disediakan. Layanan pula memang baik. Malah, Dell tak sangka mereka nak beri Dell satu 'power bank' dan sekotak tisu sebagai cenderahati.
Biasalah itu, umur kereta comel Dell pun sudah hampir satu dekad. Memang kena bersedia jika kereta rosak. Apa-apapun, kereta comel ini tetap di hati. :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan