Selamat Datang ke Blog Dell!

Bersama Dell di Alam Maya
Sertai Saya

Kalimah 'Allah' di belang Kimmy



By  Kakdell     Selasa, April 15, 2014    Labels:, 
Sudah lama Dell tidak menulis tentang Kimmy. Kebanyakannya, Dell hanya berkongsi sedikit tentang Kimmy di facebook peribadi Dell sahaja. 

Pada 28 Mac (Jumaat), Dell tergerak hati menunjukkan gambar Kimmy kepada salah seorang sahabat baik Dell iaitu Cik Embun. Dell kata kepadanya, "Ada nampak apa-apa tak kat belang si Kimmy ini?" Dia terus mengatakan, "Ya, nampak jelas tulisan jawi 'Allah' berdekatan dengan pehanya tu."

Kalimah 'Allah' dalam tulisan jawi berdekatan dengan pehanya.
Dell pun memberitahu kepada Cik Embun bahawa Dell baru sahaja perasan tentang kalimah itu beberapa hari lepas setelah membelanya selama hampir empat tahun. Tiba-tiba pada hari tersebut, hati Dell terdetik untuk melihat belangnya itu dengan lebih teliti.

Cik Embun mencadangkan supaya Dell meletakkan gambar tersebut di facebook dengan ayat, "Bismillah... Jika anda nampak perkataan 'Allah' (tulisan jawi) pada belang si Kimmy ini, sila LIKE." dan lihat bagaimana maklum balas kenalan Dell. Rata-ratanya, dapat melihat seperti yang dikatakan oleh Cik Embun.

Pada 9 April (Rabu), Kimmy ke Klinik Haiwan Taman Equine untuk pemeriksaan rutin setiap tiga bulan (kutu dan cacing) sejak awal tahun 2012. Kali ini, Kimmy berpeluang berjumpa dengan Dr. Zulkifli (Dr. Vet yang selalu keluar di rancangan Nasi Lemak Kopi O di TV9 tu) setelah lama tidak berjumpa kerana Dr. Zul sibuk ke klinik haiwan cawangan di Shah Alam sebelum ini. 

Dr. Zul juga nampak kalimah 'Allah' di belang Kimmy dan berkata secara spontan kepada Kimmy, "Nanti masuk syurga jangan lupa bawa mummy sekali, tau!" Terkedu Dell mendengarnya. Sebak juga rasanya.

Kimmy bersama-sama Dr. Zulkifli

Dr. Zul meminta izin Dell untuk meletakkan gambar Kimmy di fanpage kliniknya. Dell sangat mengalu-alukan permintaan Dr. Zul itu. Kimmy jadi pelanggan tetap di klinik ini kerana yang pertama, klinik ini tiada anjing dan kedua, Kimmy berasa selesa dengan Dr. Vet di sini. Layanan pun bagus.

Tapi tulah, berat si Kimmy memang tetap semangat walaupun sudah mengamalkan diet sejak tahun lepas seperti yang disarankan oleh Dr. Vet. Kini, beratnya 5.86kg.

Tidak mengapa kata Dr. Zul, janji Kimmy sihat. 


Kenali Kakdell

Panggilan nama Kak Dell ini muncul ketika Dell menjadi senior di tahun akhir pengajian Bacelor Sastera (Pengkhususan Bahasa dan Linguistik Melayu) di UPM. Junior yang me'reka' panggilan ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan