Selamat Datang ke Blog Dell!

Bersama Dell di Alam Maya
Sertai Saya

Bengkel Developing Outdoor Games and Events (DODGE) dan The Creative Trainer (CT)



By  Kakdell     Selasa, April 08, 2014    Labels:,,, 
Semalam dengan rasminya, Dell tamat mengikuti Program Advanced Train Trainer (PACT) yang telah berlangsung selama 5 hari untuk menjadikan kami semua seorang trainer yang terlatih. Modul Developing Outdoor Games and Events (DODGE) telah diadakan pada 22 Mac 2014 manakala Modul The Creative Trainer (CT) telah diadakan pada 5-6 April 2014. Kedua-dua modul ini dikendalikan oleh Tn. Hj. Tajodin bin Sanusi.

Dell mengenali beliau sejak mengikuti Bengkel Train Trainer (TTT) pada 18 Jun 2013. Beliau merupakan Master Trainer bagi Fadzilah Kamsah Akademy (FKA). Dell memang tertunggu-tunggu pembelajaran daripada beliau kerana bengkel yang dikendalikan sangat berbeza dengan mana-mana bengkel yang Dell pernah hadiri sebelum ini.

Ada sedikit gambar (Dell ambil dari blog kawan) ketika kami semua melaksanakan aktiviti di luar pejabat untuk Modul Developing Outdoor Games and Events (DODGE). Dell menunggu pihak FKA memberi gambar-gambar tersebut kepada Dell. 

Ketika beliau memberi taklimat ringkas tentang permainan di luar ruang bilik seminar.

'Trick' yang sangat ringkas tetapi sangat menduga akal untuk melepaskan diri dari ikatan gari tali itu.

Permainan labah-labah.

Kesemua permainan ini digunakan apabila kita hendak mengendalikan kem teambuilding. Permainan yang dimainkan bukan sekadar suka-suka tetapi mempunyai maksud tersirat. Kekuatan dan kelemahan pengurusan di dalam sesebuah organisasi dapat diterjemahkan di sini.

Kami turut didedahkan dengan salah satu senaman yang Dell gelar sebagai 'Dragon Ball'. Senaman itu sangat ringkas tetapi terasa juga penatnya walaupun tidak melompat langsung! Elok dilakukan sebelum masuk hutan katanya.

Antara yang dipelajari di dalam Modul The Creative Trainer.

Modul The Creative Trainer pula, kami didedahkan bagaimana hendak membina 'management games board' dan bagaimana seseorang trainer melakukan beberapa 'trick' kepada peserta supaya sesuatu bengkel itu tidak membosankan. Serius Dell katakan, memang Dell tak pernah jumpa 'trick' yang beliau gunakan di mana-mana bengkel yang pernah Dell hadiri sebelum ini walaupun bengkel tersebut bernilai ribuan ringgit. Ianya sangat berbeza.

Buku-buku yang harus ada bagi seseorang Trainer menurut beliau.

Selain berpeluang mempelajari ilmu-ilmu dalam dunia 'training', kami berpeluang mempelajari peta minda baru yang mempunyai ciri-ciri islamik iaitu 'Brain Tree', hasil ciptaan Tn. Hj. Tajodin sendiri. Alhamdulillah...

Brain Tree merupakan salah satu peta minda rekaan Tn. Hj Tajodin Sanusi sendiri.
Dell bertuah kerana dapat mempelajari terlalu banyak ilmu baru di dalam PACT ini. Sesungguhnya, ia dapat menceriakan hidup Dell. Alhamdulillah... :) 


Kenali Kakdell

Panggilan nama Kak Dell ini muncul ketika Dell menjadi senior di tahun akhir pengajian Bacelor Sastera (Pengkhususan Bahasa dan Linguistik Melayu) di UPM. Junior yang me'reka' panggilan ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan