Bakal SPM |
Hari ini merupakan hari pertama Dell mengajar Bahasa Melayu di bawah Program Tuisyen Rakyat Negeri Selangor (PTRS) di Pusat Tuisyen berdekatan dengan rumah Dell. Tuisyen ini khas untuk pelajar tingkatan 5. Semua pelajar yang datang di bawah program ini, tidak perlu bayar apa-apa. Senang cerita, tuisyen ini percuma untuk mereka. Tapi gurunya berbayar... Hihi...
Hari ini merupakan hari pertama untuk tuisyen subjek bahasa Melayu. Dell hanya perlu mengajar mereka 4 jam sahaja setiap bulan.
Hari ini, Dell mengajar bagaimana menulis karangan. Mereka terkejut dengan soalan karangan Dell. Dell memang akan bagi soalan karangan yang sangat ringkas untuk hari pertama iaitu 'Impian Saya'. Walaupun nampak mudah, karangan mereka tetap perlu mematuhi format SPM. Sengaja Dell berbuat begitu kerana ingin mengetahui tahap penulisan mereka. Dari penulisan, Dell akan tahu tahap penguasaan tatabahasa mereka.
Cara Dell mengajar memang lain dari cikgu sekolah (diakui oleh mereka sendiri). Dell ada teknik-teknik sendiri untuk memudahkan mereka menulis karangan. Jadi, mereka tidaklah takut hendak menulis.
Biasanya, Dell akan suntik motivasi kepada mereka dahulu, kemudian ajar mereka teknik-teknik menulis dan seterusnya membuka minda mereka supaya berfikir jauh ke hadapan.
Mudah-mudahan, mereka menguasai subjek ini. Amin.
P/S: sudah lama juga Dell tidak mengajar tuisyen. ;)
Tahniah kak! Saya yakin pengajaran kak mampu memberi satu kelainan kepada semua pelajar di sana.
BalasPadamAmin. Terima kasih Izham. Mudah-mudahan akak mampu memperbaiki cara-cara mengajar dari semasa ke semasa. :)
PadamAlhamdulillah Kak Dell bantu pelajar PTRS. Ramai pe'ajar apabila ditanyalan tentang impian, mereka tidak tahu bagaimana hendak menjawab. Dari kelas ini, apa esei jawapan favourite akak?
BalasPadamAda dua esei yang akak suka. Satu nak jadi chef bertaraf dunia.... Satu lagi nak jadi jururawat bertaraf dunia... :)
Padam