Selamat Datang ke Blog Dell!

Bersama Dell di Alam Maya
Sertai Saya

Kem Motivasi Zero to Hero



By  Kakdell     Selasa, April 01, 2014    Labels:,, 
Pada 23-25 Mac 2014, Dell telah pergi ke Kem Motivasi Zero to Hero di Nur Laman Bestari, Ulu Yam, Selangor sebagai fasilitator (tim Smarts Coach). Seramai hampir 100 orang pelajar yang terlibat berusia antara 10 sehingga 17 tahun. Selama tiga hari Dell berkampung di sana tanpa kemudahan talian telefon dan internet, maklumlah dalam hutan...

Kak Dell sebagai fasilitator kem ;)

Seperti Kem Motivasi Super Smarts yang diadakan sebelum ini, perkongsian ilmu diberikan oleh Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah bagi memantapkan motivasi, Sir Noordin Khalid berkongsi rahsia daripada corot menjadi pakar dunia dan mentor Kamarul Azhar Abd. Rahman (dikenali sebagai Cik Bro) yang merupakan pengamal NLP.

Taklimat ringkas setelah pendaftaran hari pertama kem.
Selepas pendaftaran, semua peserta dibahagikan kepada kumpulan dan dipantau oleh seorang fasilitator. Ahli kumpulan Dell sangat 'sporting', comel dan ada di antara mereka mempunyai bakat dalam bidang lakonan.

Ahli kumpulan Dell, Frozen. Dengan moto "Let It Go!"
Para fasilitator pada kali ini memang sangat berbeza dengan tahun lepas. Kali ini, ada fasilitator membawa watak yang berbeza dan mempunyai peminatnya tersendiri. Bila diingatkan balik, nak terketawa pun ada. Hehehe...

Itu dia.... :)
Selepas sesi 'ice breaking' ahli kumpulan bersama fasilitator, mereka di bawa ke dorm masing-masing untuk meletakkan barang-barang mereka sebelum memulakan aktiviti seterusnya.

Cik Bro membantu cedokkan makanan untuk peserta kem.

Selepas minum petang, kami semua ke sungai untuk bermain permainan 'Negara Boom'. Bersemangat sungguh mereka bermain di dalam sungai, tambahan pula setelah pekena Mee Kari sebelum itu. Tak percaya? Tengok gambar di bawah ini.

Bukan peserta sahaja yang bersemangat, Master Trainer-nya sekali! Penangan pekena mee kari. Hehehe...

Seperti biasa, pengisian ilmu kerohanian tidak dilupakan. Tazkirah diadakan selepas solat Maghrib dan Subuh oleh Ustaz Adzeem.

Khusyuk mereka ini. Alhamdulillah...
Nampak khusyuk, kan? Itu belum lagi ketika kami membuka minda positif mereka pada malam hari pertama. Hampir kesemuanya menangis. Gambar ini sangat menarik hati Dell.

"Ya Allah, saya hendak menjadi anak yang soleh."
Pada hari kedua kem, mereka berpeluang mendapat pelbagai tip daripada Dato' Dr. Hj. Mohd. Fadzilah Kamsah. Pengisian beliau pada kali ini agak berbeza dengan kem pada tahun lepas. Dapat juga ilmu baru. 

Bersama-sama Dato' Dr. Hj. Mohd. Fazilah Kamsah.

Banyak juga ilmu yang dikongsi oleh beliau secara peribadi kepada kami, Smarts Coach. Malah Dell sendiri berpeluang meminta pendapat dan tip-tip secara terus daripada beliau untuk pengajian Dell (termasuk meminta beliau mendoakan Dell agar dipermudahkan oleh-Nya dan lulus dalam pengajian ini).

Alhamdulillah... :)
Setelah sesi bersama Dato', peserta turut melahirkan rasa prihatin mereka terhadap kehilangan MH370. Pelbagai kata ucapan yang mereka tulis di atas baju yang diberikan kepada mereka. Kami mendoakan yang terbaik untuk mereka. Amin.

Kami bersimpati dan mendoakan yang terbaik untuk mereka.

Selepas Zohor, mereka semua buat aktiviti 'Jungle Tracking'. Sebelum masuk ke dalam hutan, semua peserta kena siram dengan dengan air sedikit supaya mereka tidak terhidrat oleh kepanasan cuaca pada hari tersebut.

Walaupun penat, mereka tetap senyum... :)

Sebelah petangnya (selepas Asar), mereka bersemangat hendak bermain 'Amazing Race'. Permainan ini dilakukan untuk melihat sejauh mana mereka berfikiran kreatif dalam menyiapkan setiap tugasan yang diberi sebelum menamatkan keseluruhan permainan. Dell jaga tugasan 'Menaraku setinggi Impian'.

"Ish, macam mana hendak bina menara setinggi dia dengan guna suratkhabar sahaja?"
Oleh kerana mereka telah melakukan aktiviti yang berat pada siang hari, mereka didedahkan pola potensi pembelajaran masing-masing pada malam hari. Suka sungguh mereka dapat mengetahui potensi diri masing-masing.

Keesokkan harinya, sesi bersama ibu bapa dan penyampaian sijil kepada semua peserta. Alhamdulillah, Dell diberi peluang menggunakan ilmu yang dipelajari sebelum ini ketika sesi bersama-sama ibu bapa ahli kumpulan Dell.

Ketika memberi penerangan secara peribadi teknik belajar dominan dan baiki diri melalui pola diri kepada ibu bapa peserta kem (ahli kumpulan Dell-Frozen).


Semoga peserta-peserta di dalam kem ini dapat memanfaatkan segala ilmu yang telah dicurahkan oleh mereka yang pakar di dalam bidangnya. Ada rezeki, kita akan berjumpa lagi... Insya-Allah.


"Imagination is the beginning of creation. You imagine what you desire, you will what you imagine and at last, you create what you will" - George Bernard Shaw


P/S : Kak Dell merindui telatah-telatah kamu semua. Semoga kamu semua berjaya di dunia dan di akhirat. Amin. :)


Gambar boleh dilihat di sini :
Hari Pertama
Sesi bersama Dato' Dr. Hj. Mohd. Fadzilah Kamsah
Jungle Tracking
Amazing Race
Prihatin MH370
Penutupan Kem dan Penyampaian Sijil
Tim Smarts Coach

















Kenali Kakdell

Panggilan nama Kak Dell ini muncul ketika Dell menjadi senior di tahun akhir pengajian Bacelor Sastera (Pengkhususan Bahasa dan Linguistik Melayu) di UPM. Junior yang me'reka' panggilan ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan