Selamat Datang ke Blog Dell!

Bersama Dell di Alam Maya
Sertai Saya

Rich Dad Poor Dad



By  Kakdell     Rabu, April 16, 2014    Labels:, 
Rich Dad Poor Dad - Robert T. Kiyosaki

Tentu ramai sudah membaca buku ini, paling tidak pun tentu pernah melihat buku ini di kedai-kedai buku yang pernah popular suatu ketika dulu. Ntah mengapa, Dell tidak teringin untuk membacanya sebelum ini sedangkan Dell amat meminati kisah-kisah berunsur motivasi. 

Hati Dell tergerak untuk membaca buku ini setelah diperkenalkan oleh salah seorang kenalan Dell iaitu En. Hamizi Hamdan yang merupakan sifu hartanah ketika kami semua berbincang mengenai masalah-masalah pengurusan di Bengkel The Creative Trainer.

Bersama-sama En. Hamizi Hamdan, Sifu Hartanah.
Dell tertarik ketika beliau mengatakan bahawa apa yang diceritakan oleh Robert Kiyosaki di dalam buku tersebut hampir menyerupai kisah hidupnya. Sebelum beliau berjaya seperti sekarang ini, beliau juga pernah menghadapi kegagalan. Terutamanya, apabila beliau menceritakan tentang kegagalan dalam pengurusan kewangan. Apa beza di antara liabiliti dan aset? Bila sebenarnya sesuatu itu menjadi aset kita dan bukan liabiliti?

Beliau ada bercerita juga tentang pengeluaran duit untuk pembelian sesuatu yang kita anggap sebagai aset sedangkan ia adalah liabiliti. 

Rata-rata jutawan muda yang Dell jumpa, kebanyakan mereka ada pendapatan melalui saham. Dell juga dilatih oleh Sifu Siddiq dalam bidang pelaburan saham. 

Seperti pepatah yang biasa kita dengar, "Don't put eggs in one basket." 

Selain ASB dan tabung haji, Dell turut mengambil insurans takaful. Dell sudah mulakan pelaburan ini sejak 5 tahun lepas. Baru-baru ini, Dell agihkan sedikit duit ke dalam pelaburan yang diuruskan oleh Sifu Siddiq.

Inipun Dell tengah cuba untuk meletakkan sedikit duit untuk saham di Bank Rakyat. Kena mohon dulu, tak pasti dapat atau tidak. Khabarnya, senarai menunggu memang sangat panjang.

Bukan mudah mendisiplinkan diri untuk tidak mengeluarkan segala dividen yang ada. Kena kawal nafsu berbelanja. Sebab itulah Dell sangat berhati-hati dalam berbelanja.

Apa-apapun, buku ini sangat digalakkan baca. Dari sini, kita akan tahu sedikit sebanyak bagaimana hendak menguruskan kewangan kita. 

Kenali Kakdell

Panggilan nama Kak Dell ini muncul ketika Dell menjadi senior di tahun akhir pengajian Bacelor Sastera (Pengkhususan Bahasa dan Linguistik Melayu) di UPM. Junior yang me'reka' panggilan ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan