Selamat Datang ke Blog Dell!

Bersama Dell di Alam Maya
Sertai Saya

Menjadi penulis



By  Kakdell     Rabu, Mac 06, 2013    Labels:, 


Jika anda bercita-cita untuk menjadi penulis, maka hendaklah menulis. Benar apa yang dikatakan itu. Jika kita tidak mula dari sekarang, bila lagi betul tak? Dan jika tidak mula menulis, mana hendak tahu hasilnya. 

Kertas kerja
Tiga hari lepas, ada seorang pensyarah mesej Dell menyatakan bahawa beliau bercadang untuk menulis artikel dengan Dell jika Dell bersetuju. Terkejut juga dengan cadangan beliau itu. Sekarang ini beliau mengajar bahasa Melayu selama setahun di Korea. Tahun lepas, Dell membantu beliau mencari pelbagai maklumat dan data mengikut keperluan beliau untuk menulis kertas kerja yang perlu dibentangkan di seminar Indonesia. Beliau menulis dan Dell edit dari segi bahasa. Dell menyatakan persetujuan tersebut dengan syarat Dell perlu selesaikan beberapa perkara dahulu, jika tidak Dell sendiri tidak tahu hendak tulis apa yang berkaitan dengan bidang kami berdua. 

Sebenarnya, Dell masih bertatih hendak menulis jurnal dan kertas kerja. Tidak dinafikan Dell berminat untuk menulis dan berharap suatu hari nanti dapat membentangkannya di konferensi luar negara. Tetapi sebelum itu, Dell perlu memastikan bahawa Dell menguasai bidang Dell terlebih dahulu. 


Puisi dan cerpen
Dell berangan-angan untuk masuk peraduan pertandingan karya puisi atau menghantar puisi ke majalah tetapi masih belum dilakukan lagi. Entahlah mood masih belum ada. Kononnya apabila sudah tidak bekerja, masa Dell banyak terluang tapi itulah leka buat kerja lain.


NOTA :
1. Pernah menyuarakan hasrat untuk belajar menulis daripada supervisor tetapi beliau meminta Dell ikuti kursus yang perlu kami hadiri. Dah selesai banyak perkara baru Dell menulis apa yang berkaitan dengan tesis dan bidang Dell nanti.
2. Sudah lama tidak menulis puisi. Cerpen yang perlu diperbaiki pun tak bersentuh lagi kerana mood belum datang.

Kenali Kakdell

Panggilan nama Kak Dell ini muncul ketika Dell menjadi senior di tahun akhir pengajian Bacelor Sastera (Pengkhususan Bahasa dan Linguistik Melayu) di UPM. Junior yang me'reka' panggilan ini.

5 ulasan:

  1. Saya nantikan cerpen daripada kak! Sebab saya pun minat tulis cerpen. Teringin membaca karya-karya cerpen penulis lain.

    Mula-mula saya macam kak, tak da mood menulis. Namun apabila saya membaca beberapa buku kumpulan cerpen, terus saya mendapat tahu, lebih elok mula menulis sekarang supaya kita tahu bagaimana corak kita menulis cerpen. Ini kerana paradigma kita berbeza apabila kita meningkat umur.

    Lalu, amat rugilah jika saya tidak menulis sebelum saya tamat belajar. Taklah nanti saya tahu bagaimana saya berkarya. Heh.

    Kalau kak buat buku mudah tentang BM ok juga. Saya lihat BM sekarang terlalu rigid dengan frasa, subjek, prediket. Tak da yang dimudahkan untuk orang awam. Kalau BI ada banyak. (hanya lontaran idea).

    BalasPadam
  2. InsyaAllah, sudah ada perancangan itu sebenarnya. :)
    Saya cuba dulu mengajar tuisyen ini dengan menerapkan beberapa cara dahulu untuk mencari bahagian mana yang sesuai. Jika ianya berjaya dalam pengajaran saya untuk anak murid yang lemah dalam bahasa Melayu berdasarkan latar belakang mereka yang berbeza, mudah nanti. Jika tidak, nanti akan ada orang pertikaikan buku itu nanti.

    Tentang hal cerpen tu, saya akan cuba baiki dan hantar karya tersebut ke tempat yang telah dicadangkan oleh penyemak karya tersebut. Tapi sebagai syarat penerbitan, saya tak dapat menyiarkannya di mana2 penerbitan sebelum ianya diterbitkan oleh syarikat tersebut. Harap2 adalah rezeki tu nanti.

    Akak juga menunggu penyelidikan akk dengan supervisor tentang bahasa dengan membina satu perisian ini berjaya. Setelah berjaya nanti akan ada buku2, penulisan dan perisian akan diterbitkan. :)

    BalasPadam
  3. Menarik! Di Wikipedia Bahasa Melayu, kami juga cuba membangunkan perisian jawi dengan menukarkan rencana di Wikipedia BM kepada tulisan jawi. Masih dalam fasa percubaan.

    Saya berharap ada kamus BM-BI-BM yang komprehensif. (y)

    BalasPadam
  4. Doakan ya semoga kami berjaya. Ianya agak sulit kerana belum dapat hak cipta sebab itu saya tidak pernah bercerita dengan sesiapa tentang konsep dan perjalanan penyelidikan itu. Tambahan pula, ianya berkaitan dengan tesis PhD saya. :)

    BalasPadam