Selamat Datang ke Blog Dell!

Bersama Dell di Alam Maya
Sertai Saya

Pencapaian itu



By  Kakdell     Jumaat, Mac 22, 2013    Labels: 

Hadiah button daripada anak murid Keluarga C

Keluarga C
Semalam Dell menyerahkan dua buah buku yang dibeli kepada Fatin. Gembira sungguh dia! Biasalah budak kecil, kan? Lagi satu, Dell perasan dia suka menunjuk barang-barangnya kepada Dell. Dell layankan sahaja.

Sehinggalah dia menunjukan sebuah diari berkunci. Dell minta izin untuk melihatnya. Hanya beberapa patah perkataan yang ditulis, selebihnya dia melukis. Dell pun bercerita tentang buku 'Diary of Wimpy Kids'. Dell tunjuk contoh-contoh yang terdapat di dalam diari tersebut melalui ipad Dell. Kelihatan dia cukup berminat!

Seperti biasa, akhirnya Dell yang terpaksa melukis kerana dia tidak berapa reti untuk melukis. Dialog yang perlu ditulis adalah dalam bahasa Melayu. Pada awalnya, dia tetap hendak menulis dalam bahasa Inggeris. Setelah dipujuk beberapa lama, akhirnya dia bersetuju. 

Selepas tu, dia hendak menulis diari sajalah pulak! Seperti biasa Dell pujuk beberapa lama untuk dia membuat latihan. Dell kata kepadanya, 'Cikgu nak Fatin dapat A dalam bahasa Melayu. Tapi Fatin kena rajin buat latihan. Janji kat cikgu.' Fatin hanya mengangguk-anggukkan kepala.

Tak lama selepas itu, tak sangka pula dia membuka ada satu buku nota bergambar dan meminta Dell buatkan nota peta minda untuk pelajaran sebelum ni. Dia kata senang nak baca dan nak rujuk. Boleh dibawa ke sekolah katanya. Dell senyum je.


Keluarga B
Dell menerima panggilan telefon daripada ibu mereka. Ibunya mengatakan bahawa keputusan ujian anak-anaknya meningkat terutama untuk Fir dan Sya. Mereka sendiri terkejut dengan keputusan mereka sendiri kerana biasanya mereka hanya mendapat bawah 50 markah. Sya dapat 93 markah untuk BM dan Fir dapat 58 markah untuk Matematik. Lega Dell mendengarnya. Alhamdulillah, pencapaian mereka semakin menaik.


NOTA :
1. Tak sangka Fatin nak beri button tu untuk Dell. Sudah mula berikan Dell air minuman tanpa disuruh ibunya. Pemahamannya mengenai cerita yang dibaca semakin baik (ini kerana dia lebih memahami bahasa Inggeris berbanding bahasa Melayu).
2. Sudah dua minggu Dell tidak mengajar keluarga A dan keluarga B kerana ada urusan tertentu. Panggilan seperti itu menggembirakan Dell. Sebenarnya, Dell pun tak sangka mereka meningkat mendadak seperti itu. 
3. Sabtu ni, Dell terpaksa berpura-pura tidak tahu akan keputusan mereka tu. :)

Kenali Kakdell

Panggilan nama Kak Dell ini muncul ketika Dell menjadi senior di tahun akhir pengajian Bacelor Sastera (Pengkhususan Bahasa dan Linguistik Melayu) di UPM. Junior yang me'reka' panggilan ini.

2 ulasan:

  1. Sebenarnya saya nak minta tips mengajar. Kak selalu buat latihan atau ajar tatabahasa untuk BM? Seperti kak baca di blog MWM, saya ni masih lagi merangkak nak mengajar. Harap kak boleh tolong.

    BalasPadam
  2. Mereka tetap kena lakukan banyak latihan mengikut tahap pemahaman mereka tentang bahasa Melayu. Sebagai contoh, seandainya dia sudah Darjah 3 tetapi setelah saya amati si dia belum capai tahap darjah 3, maka dia perlu bermula dari bawah iaitu darjah 1 atau darjah 2. Penulisan memang wajib perlu buat kerana dari sini kita tahu tahap intelektualan mrk takat mana. Ada yang ada masalah struktur, ada yang ada masalah pengolahan, ada yang ada masalah ejaan dsb. Jika saya lihat mereka sudah melebihi tahap mereka, saya akan tingkatkan darjah penulisan mereka supaya lebih baik. Maksudnya, jika dia berada di tingkatan 2 tapi kepandaiannya sudah melebihi... Saya akan ajar si dia mengolah ayat agar nampak lebih dewasa dan intelektual. Sekarang ini nampak mereka cuba bersaing kerana nak pergi ke tahap lebih tinggi. Kiranya motivasi secara tidak langsung.

    Untuk empat adik beradik, saya beri latihan ikut tahap mereka. Latihan berbeza dan buku yang berbeza. Jadi mereka tidak boleh berbincang sesama mereka melainkan dengan saya. Ini untuk mengelakkan peniruan dan menjana daya kreativiti akal mereka sendiri.

    Saya galakkan mereka bercerita dan bertanya apa sahaja kerana nak melatih mereka dapat berbicara bahasa Melayu dengan lebih tersusun dan mudah difahami. Ini kerana ada pelajar yang tidak dapat berbicara dengan baik sehingga input yang hendak disampaikan tidak difahami oleh pendengar. Walaupun saya faham apa yang mereka cuba sampaikan dengan pelbagai cara, tapi saya pura2 tidak faham dan minta ceritakan balik agar lebih mudah difahami. Nampak ada peningkatan cara mereka bercakap la ni.

    Ini antara cara yang saya praktikkan. :)

    BalasPadam