Alhamdulillah... atok, pakcik sekeluarga serta saudara yang pergi menunaikan umrah pada 19 hb lepas telah selamat kembali ke tanah air petang tadi.
Dell dan sepupu berkonvoi untuk menjemput mereka di KLIA. Dell bergegas ke rumah pakcik Dell di Bangi selepas mengajar tuisyen di Putrajaya kerana perlu memandu kereta milik isteri pakcik untuk menjemput mereka.
Sepanjang perjalanan kami dari KLIA ke Rembau, pakcik menceritakan pengalamannya di sana dan kisahnya bersama atok. Dell dan sepupu terketawa dengan ceritanya. Apa-apa pun syukur kerana atok berjaya mengerjakan umrah sebanyak 3 kali dan dapat melakukan ibadat dengan mudah serta dapat melawat tempat-tempat tertentu yang ingin dilawatinya.
NOTA :
Pakcik kata dia sudah doakan permintaan Dell di sana malah atok pun berdoa yang sama. Mudah-mudahan, termakbul... Amin...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan