Diam tak diam, hari untuk atok Dell berlepas pergi ke umrah sudah hampir tiba. Hari Jumaat lepas, pakcik pulang ke kampung untuk mengambil atok, mama dan adik datang ke sini. Hari Sabtu, baru Dell datang ke rumah pakcik untuk bersama mereka. Maklumlah banyak program yang kami perlu selesaikan sebelum kami semua berkumpul di Rembau, Negeri Sembilan pada hari Ahad.
Pada hari Sabtu, kami pergi melawat Tok Long. Kebetulan, dia berada di rumah salah seorang anaknya di Bandar Baru Bangi. Kira dekat sangat dengan rumah pakcik. Ikutkan selepas itu, kami semua hendak pergi melawat Tok Teh di Keramat, tetapi hujan lebat petang itu dan traffic jam, kami terpaksa batalkan niat tersebut.
Semalam, mama dan adik tidur di rumah Dell. Saja bawa jalan-jalan. Dell pun memang dah niat nak bawa mereka makan di Mr. Steak House. Mereka puji makanan di situ. Dell memang suka makan Lamb Chop di situ.
Hari ini, kami semua akan bermalam selama dua hari di Rembau, Negeri Sembilan bersama saudara-mara di sini. Kami semua berkumpul di sini kerana mereka yang pergi ke umrah kebanyakan keluarga dari belah isteri pakcik Dell di sini. Disebabkan itulah kenduri dan lain-lain dilakukan di sini.
Sepatutnya, mereka bertolak esok petang ke KLIA tetapi penerbangan ditangguhkan pada hari Selasa pagi.
NOTA :
Dell belajar secara tak langsung cara-cara mengerjakan umrah dan persiapan ke sana. Patutlah Allah tangguhkan peluang untuk Dell ke sana, banyak lagi yang Dell tidak bersedia dari segi lain seperti ilmu dan psikologi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan