Akhirnya, semalam Dell mengambil keputusan untuk membeli Blackberry Curve 9320 dengan menggunakan Pakej Komunikasi Belia. Seharian Dell berfikir untuk membeli telefon bimbit yang mana satu di dalam senarai yang disediakan di bawah pakej tersebut. Hanya ada empat jenama telefon bimbit sahaja yang ditawarkan iaitu Blackberry Curve 9320, HTC Desire C dan dua lagi jenama Motorola.
Setelah Dell semak di internet jenama-jenama yang disenaraikan itu, kebanyakan pelanggan berpuas hati dengan jenama Blackberry Curve 9320 tu. Dell turut menyemak spesifikasi telefon bimbit bagi setiap jenama tersebut. Akhirnya, Dell dengan senang hati memilih Blackberry.
Inilah dia Blackberry yang menjadi pilihan Dell. Kali pertama guna Blackberry. Terkial-kial juga. Sebelum ini, Dell hanya pakai telefon bimbit jenama Nokia. Kenapa Dell tidak memilih telepun bimbit dengan touch screen? Ini kerana Dell sudah memakai telefon bimbit seperti itu sebelum ini dan merasa sedih setelah empat tahun penggunaannya, telefon tersebut dah tak berfungsi dengan baik. Lain yang ditekan, lain yang keluar. Malah, ada juga yang ditekan, langsung tak keluar apa-apa! Kameranya juga langsung dah tak boleh pakai. Jika Dell baiki pun, kosnya mencapai RM200 lebih. Elok sahaja Dell beli yang baru.
Selamat tinggal Nokiaku. Sebenarnya Dell masih sayang nokia Dell ini. Banyak jasanya kepada Dell selama hampir 5 tahun ni. Dan Dell sangat puas hati dengannya dari segi rakaman video, gambar, radio dan lain-lain. Inilah telefon bimbit yang paling lama Dell pernah pakai sehinggalah ianya tidak dapat berfungsi dengan elok.
NOTA :
Cuba membiasakan diri menggunakan telefon jenama lain. Melihat salah seorang anak murid Dell yang kelihatan seronok menggunakan Blackberry turut mengujakan Dell. Nampak gayanya Dell terpaksa berguru dengannya untuk pakai Blackberry ni.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan