Bahang PRU13 masih tidak reda nampaknya kerana Dell masih melihat status-status berbaur politik yang masih berterusan terpampang di dinding FB Dell. Dell sedaya-upaya tidak menyentuh isu tersebut kerana tidak mahu perdebatan yang berterusan yang mungkin akan menyebabkan Dell turut fanatik dan stres disebabkan hal ini. Biasalah masing-masing akan cuba mempertahankan pendapat masing-masing.
Jadi, setiap kali jari Dell terarah untuk menekan komen atau berkongsi maklumat... cepat-cepat Dell istighfar dan beringat kerana Allah yang Maha Mengetahui. Dibuatnya Dell sendiri tersalah maklumat kang tak pasal-pasal dapat dosa kering. Sebab Dell sedar ilmu Dell pun tidak seberapa. Sedangkan menulis sorotan kajian untuk tesis pun selalu ditegur kerana tersasar sedikit dari objektif oleh supervisor (sedangkan Dell rasa ianya tepat) apatah lagi sumber rujukan yang kita tidak pasti kesahihannya tentang perdebatan itu. Pada pendapat Dell, elok Dell perbaiki dan meningkatkan diri sendiri dahulu sehingga berjaya mencapai impian yang didambakan.
Kini, Dell menumpukan perhatian terhadap seminar perbentangan tesis pada 18 Mei 2013 ni. Sedaya-upaya memahami teori yang telah dipilih untuk tesis. Itu belum lagi daya kreativiti yang diperlukan dalam membina sebuah perisian yang interaktif. Ianya memerlukan perancangan yang rapi dan tersusun. Maklumlah, ianya melibatkan tenaga, masa dan kos yang banyak.
NOTA :
Dell sentiasa takut hendak berbuat sesuatu yang bukan-bukan kerana takut Allah tarik nikmat dan rezeki yang diberikan kepada Dell sekelip mata sebagai balasan.
Semoga berjaya kak! Saya doakan kak yang terbaik. (y)
BalasPadam