Selamat Datang ke Blog Dell!

Bersama Dell di Alam Maya
Sertai Saya

Cikgu nak air milo, tak?



By  Kakdell     Khamis, Mei 02, 2013    Labels: 


Hari Isnin lepas, selepas bertugas di Inti University seperti biasa Dell terus ke rumah Fatini untuk kelas tuisyen. Ikutkan Dell memang teringin hendak singgah di restoren mamak berdekatan rumahnya untuk minum milo ais tetapi dek kerana Dell terasa penat, Dell batalkan niat tu. Dell sampai di rumahnya agak awal setengah jam sebelum pukul 8.00 malam. Dell terus minta izin untuk solat maghrib. Kebiasaannya Dell sampai di rumahnya 10 minit sebelum pukul 8.00 malam untuk solat maghrib. Ini kerana Dell keluar dari rumah sebelum pukul 7.00 petang untuk elakkan kesesakkan lalu lintas ke rumahnya. 

Selesai sahaja Dell mengambil air sembahyang, tiba-tiba Fatini bertanya kepada Dell... "Teacher nak air milo, tak? Fatini dah pandai buat milo."

Dell terkejut dengan pelawaan itu terus Dell kata, "Boleh juga."

"Teacher nak milo panas ke milo ais?"

"Buatkan cikgu milo aislah."

"Ok. Teacher solatlah dulu, Fatini buat air."

Kedengaran bunyi Fatini membancuh air milo di dapur. Tiada orang di bawah ketika itu kerana keluarganya bersembahyang jemaah di tingkat atas.

Selepas solat, terus Fatini pelawa minum air milo ais yang dibancuh olehnya. Sekali hirup, Dell terus terkejut kerana sangat sedap dan kena dengan citarasa Dell. Terharu rasanya. Tak sangka dia pandai buat milo ais. Tambahan pula secara kebetulan Dell benar-benar teringin nak minum milo ais ketika itu.

Sejuk hati Dell... Huhu....


Kenali Kakdell

Panggilan nama Kak Dell ini muncul ketika Dell menjadi senior di tahun akhir pengajian Bacelor Sastera (Pengkhususan Bahasa dan Linguistik Melayu) di UPM. Junior yang me'reka' panggilan ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan