Selamat Datang ke Blog Dell!

Bersama Dell di Alam Maya
Sertai Saya

Buang mereka, bersedia?



By  Kakdell     Jumaat, Mei 24, 2013    Labels:, 


Dell sudah membuang mereka-mereka yang negatif dalam hidup Dell. Buat apa kita hendak bersama dengan mereka yang ada penyakit 'hati' ni? Lama-lama, kita yang sakit hati. Jangan sesekali berasa menyesal dan sedih meninggalkan parasit ini dalam hidup kita. Jika kita berada di jalan yang benar, insyaAllah Tuhan akan memberi kita mereka-mereka yang lebih baik dan jujur. Malahan, peluang kita untuk berjaya akan terbuka lebih luas tanpa disangka-sangka walaupun ada halangannya. Ingat, doa insan yang teraniaya ni dimakbulkan Tuhan tanpa hijab. Maka, kita haruslah menggunakan peluang yang ada dan bertawakal setelah berusaha.

Semalam, Dell menerima sms daripada seseorang yang ingin bertemu dengan Dell setelah dua tahun tidak bertemu. Dell menolak dengan cara baik. Dell memang belum bersedia untuk bertemu dengannya atas alasan-alasan tertentu. Biarpun apa yang berlaku sudah berusia dua tahun, tapi parutnya tetap ada. Lagipun, dia dan gengnya pun pernah memperkecilkan Dell dulu. Cukuplah perbuatan mereka itu.

Sekarang ini, Dell hanya fikir tentang masa depan Dell terutama PhD Dell. Lagipun, ada banyak perancangan Dell untuk masa depan. Usaha tangga kejayaan. Jangan biarkan parasit seperti ini membunuh kita dalam diam. Anggap sahaja mereka itu pencetus motivasi kita agar lebih berjaya. 

Ingat rezeki kita terletak pada Allah, bukan di tangan mereka. Jika kita berterusan meratap perbuatan mereka, kita tidak akan ke mana-mana malah turut membuang masa. Percayalah cakap kak Ton... Eh, silap! Percayalah cakap Dell ini. Hehehe... Chaiyok!

Kenali Kakdell

Panggilan nama Kak Dell ini muncul ketika Dell menjadi senior di tahun akhir pengajian Bacelor Sastera (Pengkhususan Bahasa dan Linguistik Melayu) di UPM. Junior yang me'reka' panggilan ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan