Keluarga C
"Teacher tunggu kejap ya, Fatin nak ambil hadiah"
"Ok" kataku sambil tertanya-tanya dalam hati, 'hadiah apa ya?'
"Selamat Hari Guru, Teacher!" Katanya tersengih-sengih sambil memberi Dell hadiah dan sekeping kas buatan sendiri.
Dell terkejut dan terharu. Tak sangka Fatin nak beri hadiah. Yalah, bukan senang Dell nak melayan kerenah dia yang pelbagai tu. Sesiapa yang mengikuti kisahnya sejak dari awal mesti faham. Hehehe. Nyaris-nyarislah Dell nak merajuk. Sejak kejadian itu, Fatin berubah dan mula belajar.
Keluarga B
Ketika Dell memulakan sesi pengajaran, Dell berasa pelik. Kenapa si Han dan Sha berbisik-bisik? Tiba-tiba, si Fir terus bersuara, "Selamat Hari Guru, cikgu!"
Kedengaran si Han dan Sha mengeluh dan berkata, "La, Fir dengar ke Han bisik tadi?"
"Dengar... Berbisik tapi cakap kuat-kuat, memanglah dengar." Kata Fir.
Dell senyum je.
Rupa-rupanya si kecil, Han nak ucapkan 'Selamat Hari Guru' kepada Dell tetapi segan lalu berbisik dengan abangnya, Sha dengan harapan menyampaikan hasratnya tu. Kelakar bila diingatkan telatah mereka ni. Macam-macam.
NOTA :
Tahun ini Dell merasa dapat hadiah sempena Hari Guru. Tak sangka, jadi guru tuisyen pun dapat hadiah. Terharu rasanya.
Saya pula si kecil itu memberi pen merah yang dia terambil daripada saya. Lawak juga apabila difikirkan. Selamat Hari Guru kak!
BalasPadamOoo... Baru faham. Ada juga dia sebut pasal pen merah tapi tak berapa faham sangat maksudnya. Hehehe...
BalasPadam