Selamat Datang ke Blog Dell!

Bersama Dell di Alam Maya
Sertai Saya

Kisah pilu kucing jalanan



By  nurdilla zaini     Rabu, Mei 01, 2013    Labels:,, 
Pada 27 April 2013 (Sabtu) merupakan hari yang bersejarah bagi Dell. Semua yang berlaku tanpa dirancang. Sebenarnya, Dell tidak merancang akan ke PWTC pada hari tersebut. Dan kebetulan juga rakan blogger Dell lambat sampai di tempat yang dijanjikan iaitu di LRT Sg. Besi atas sebab-sebab tertentu.
Ketika menunggu rakan itulah Dell bertemu dengan kucing yang malang ini. Kucing ini datang menghampiri Dell. Kelihatan ramai orang yang lalu lalang di situ menjauhi kucing tersebut kerana dek penyakit matanya itu. Dell berasa kasihan dengan kucing itu. Lantas, Dell membeli sebungkus roti dengan harapan dapat memberinya sedikit makanan.

Cebisan roti yang Dell beri untuknya tidak disentuh langsung. Kelihatan kucing tersebut hanya hendakkan sedikit belaian, bukan makanan. Kucing tersebut hanya mendekatkan diri kepada sesiapa dan baring berhampiran tetapi tidak menggeselkan badannya kepada sesiapa. Mungkin dia sedar yang dirinya itu kotor dan manusia tidak suka akannya. Dell tergerak hati untuk menghubungi Papa Hero (PH). Sudah menjadi rezekinya kerana secara kebetulan PH sekeluarga berada di Klinik Veterinar, Equine Park untuk sesi penggambaran Hero.

Risau melihatkan keadaan dirinya itu kemungkinan disakiti oleh sesiapa yang tidak menyukai kucing jalanan, Dell panggil kucing tersebut, mengusap kepalanya dan dia terus baring di tengah-tengah kaki Dell (Dell menghalang sesiapa melanggar kucing itu dengan menghadangnya dengan kaki Dell). Kelihatan kucing itu tidur dengan lena, mungkin kerana dia berasa selamat. Berdebar-debar hati Dell menunggu kehadiran PH dengan harapan kucing ini selamat berada di tangan orang yang amanah. Dell buat tak tahu sahaja walaupun ada yang memandang Dell dengan wajah yang pelik.

Bersama PH sekeluarga. Tak sangka MH (isteri PH) mengenali Dell ketika kali pertama bertemu. Terkejut dia menyebut nama penuh Dell waktu itu. Maklumlah, Dell jarang komen di fb Kakimotong tu.

Inilah keadaan mata si kucing tersebut. Jika ada sesiapa yang sudi memberi sedikit sumbangan, bolehlah pergi ke laman fb Kakimotong Fan Club.

P/S : Semalam selepas bertugas di Inti University, Dell sempat melawat kucing ini. Dia sudah selamat dibedah matanya. Matanya sudah tidak boleh diselamatkan. Waktu Dell melawatnya, kucing ini masih tidak sedar sepenuhnya dan InsyaAllah, Dell akan melawatnya sekali lagi pada Jumaat ini. Sekurang-kurangnya, kucing ini tidak berterusan sengsara di jalanan di akhir hayatnya....

NOTA TERKINI : Papa Hero telah mengemaskini blog Kakimotong berkenaan kisah si SB ini. Ceritanya boleh dibaca di Kisah pilu si SB kucing jalanan.

Kenali nurdilla zaini

Panggilan nama Kak Dell ini muncul ketika Dell menjadi senior di tahun akhir pengajian Bacelor Sastera (Pengkhususan Bahasa dan Linguistik Melayu) di UPM. Junior yang me'reka' panggilan ini.

2 ulasan:

  1. sebak saya baca kisah ini..saya adalah pencinta tegar kucing jugak...arap kucen berkenaan sihat2 lepas nie dan ada org sudi adopt utk membela menjaga memberi kasih sayang kepadanya..ameenn...terima kasih kepada kak dell kerana bertindak pantas menyelamatkan kucing ini..semoga diberkati olehNya.. ;)

    BalasPadam
  2. Salam Orkid, saya sudah mengemaskini blog dengan meletakkan link terkini mengenai SB ni. Sudilah membacanya ya

    BalasPadam