Selamat Datang ke Blog Dell!

Bersama Dell di Alam Maya
Sertai Saya

Hatiku gundah tak siapa yang tahu



By  Kakdell     Rabu, Mei 22, 2013    Labels: 


Baru saat ini, Dell mempunyai kekuatan untuk mencatat diari 'musafir seorang pelajar' ini. Mood Dell secara drastik telah menurun secara mendadak selepas membentangkan proposal tesis di dalam seminar tesis pada hari Sabtu lepas. Teguran daripada seorang penilai yang telah menakutkan Dell dengan menyatakan bahawa dia tidak berpuas hati dengan perbentangan Dell dan mahu Dell bentang semula pada semester hadapan merupakan tamparan hebat bagi Dell.

Dell tidak pasti sama ada beliau hanya bergurau ataupun bersungguh-sungguh dengan kata-katanya. Manakala, penilai lain hanya tersenyum dan tersengih. Dell keliru kerana apa yang Dell bentangkan sudah disemak oleh supervisor dan segala-galanya sudah dibincangkan bersama. Dell tidak syok sendiri membentangkan proposal itu. 

Dell tidak kisah dengan komen-komen mereka kerana ianya dapat memberi sedikit penambahbaikan dalam penyelidikan Dell, Dell cuma risau jika Dell kena bentang semula proposal pada semester depan, sedangkan Dell bercadang untuk CE selepas raya puasa ini.

Perkara ini benar-benar menggusarkan hati Dell... sampai demam Dell dibuatnya. Itu belum lagi termimpi-mimpi seminar itu. Oh, sukarnya menjadi seorang pelajar PhD!

Dell cuba mengubati hati Dell dengan membaca buku 'PhD kecil tapi signifikan' tulisan Prof. Dr. Muhd Kamil Ibrahim. Apa yang terkandung di dalam buku itu, itulah yang dihadapi oleh Dell kini. Dell tak berputus asa cuma semangat turun sedikit kerana gusar.

NOTA :
  1. Terasa lega kerana kebetulan ada seorang sahabat karib ingin berjumpa dan meluangkan masa bersama Dell disebabkan beliau sedang cuti rehat, hari Isnin lepas.
  2. Asyik menonton saluran Animal Planet 556 untuk menghilangkan rasa gusar di hati.


Kenali Kakdell

Panggilan nama Kak Dell ini muncul ketika Dell menjadi senior di tahun akhir pengajian Bacelor Sastera (Pengkhususan Bahasa dan Linguistik Melayu) di UPM. Junior yang me'reka' panggilan ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan