Selamat Datang ke Blog Dell!

Bersama Dell di Alam Maya
Sertai Saya

Batu Karang



By  Kakdell     Rabu, Mei 22, 2013    Labels:, 


Hampir tiga bulan, urat di pinggang sebelah kiri Dell berasa sakit. Bila ditekan terasa urat tu bengkak. Mungkin kerana terlalu asyik mengadap komputer siang dan malam menyebabkan darah tidak berjalan dengan betul. Sudah beberapa kali diurut tapi opah (mak angkat pakar urut tradisional) kata bukan masalah urat ni mungkin berkaitan dengan buah pinggang. 

Jadi Dell merujuk dengan keluarga angkat yang lain yang pandai perubatan tradisional dan islamik ini. Kakak kata ada batu karang tapi masih kecil. Sebulan selepas itu, baru Dell bawa bahan-bahan seperti yang diminta. Malas Dell nak merujuk klinik sebab Dell mengakui sangat kurang minum air putih. Dah 31 tahun hidup, kali ini baru nak cuci buah pinggang. Sebelum ni, tak beringat asyik bedal segala makanan dan minuman.

Dell diminta minum air kelapa muda yang dicampur sedikit tawas dan dua biji telur ayam kampung setelah dibaca beberapa surah Al-Quran seperti Al-Fatihah, 3 Qul serta beberapa zikir. Terkulat-kulat Dell menghabiskan minuman itu di depan mereka. Rasanya, masya-Allah. Dua hari berturut-turut selepas itu, Dell perlu minum air lobak putih pula. Dell minum dengan menutup hidung dan menelannya cepat-cepat. Sebelah Dell, sudah tersedia secawan kopi untuk menghilangkan rasa air lobak putih tu. Huh.

Selama dua hari badan Dell rasa lemah selepas berubat. Dell banyak tidur dan berehat. Badan berpeluh dengan banyak. Itu belum lagi Dell asyik ke tandas membuang air kecil. Kadang-kala, ada juga terasa pedih ketika buang air kecil tu. Angin pun banyak keluar dari badan. Alhamdulillah, hari ini pinggang Dell dah tak rasa sakit. Bila ditekan urat tu dah tak rasa bengkak seperti sebelum ni.

Dell dinasihatkan minum air Misai Kucing untuk cuci buah pinggang dalam masa sebulan ni. Mujur ada teh Misai Kucing Cosway. Senang beli melalui kawan. Apa-apa pun, Dell terasa lega kerana semuanya dipermudahkan.

Kenali Kakdell

Panggilan nama Kak Dell ini muncul ketika Dell menjadi senior di tahun akhir pengajian Bacelor Sastera (Pengkhususan Bahasa dan Linguistik Melayu) di UPM. Junior yang me'reka' panggilan ini.

1 ulasan:

  1. Minum banyak air masak kak. Itu petua orang tua dulu-dulu.

    BalasPadam