Keluarga C
Kali ini, Dell berasa gembira dengan perkembangan Fatin. Fatin sudah ingin membina ayat. Bukan mudah nak meminta si Fatin ini untuk membina ayat. Puas dipujuk.
Dell membenarkan Fatin menonton video kartun yang diminatinya setiap kali selepas selesai menulis latihan atau Dell membuka lagu kegemarannya melalui ipad Dell ketika dia membuat latihan. Jika dia tak buat latihan, Dell simpan ipad tu. Oleh itu dia akan kata, 'Saya janji, lepas tengok saya buat latihan.' Memang betul dia buat latihan.
"Teacher, Fatin nak berhenti belajar dari Kumon la."
"Eh, mengapa pula? Kan Fatini belajar di sana dengan kawan-kawan?"
"Memang ada kawan tapi Fatin tak faham... Ada kawan Fatin dah berhenti Kumon sebab tak faham. Kawan lain pun kata nak berhenti juga."
"Nanti Fatin nak belajar Matematik dengan siapa pula kalau Fatin berhenti Kumon?"
Dia diam je.
Dalam hati, pelik budak ini. Dulu dia tak nak belajar dengan Dell atas alasan bosan belajar sorang-sorang. Dia selalu bandingkan dengan tempat tuisyen yang ramai kawan. Selalu juga dia memberontak.
Cuma Dell perasan sejak dua menjak ini, dia jadi semakin ikut kata dan buat latihan yang Dell berikan (terutama selepas kes Dell merajuk). Huhu. Sekarang ini setiap kali Dell datang dia akan sambut dengan mesra dan ceria. Alhamdulillah...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan