Pada hari Sabtu lepas iaitu 27 April 2013, Dell berpeluang pergi ke Pesta Buku Antarabangsa bersama seorang rakan blogger. Dell tidak sangka berpeluang datang ke sini kerana kebetulan jadual Dell pada bulan ini terlalu padat. Dell tidak melepaskan peluang untuk menghadiri Forum Menjadi Penulis Sepenuh Masa anjuran Kota Buku.
Forum tersebut diadakan di Bilik Sarawak, PWTC. Tempat forum berubah atas sebab-sebab tertentu. Ketika Dell dan rakan blogger memasuki ke dalam bilik tersebut, kami agak terkejut kerana bilangan hadirin yang sedikit tidak seperti di bilik sebelah. Rupa-rupanya, di sebelah ada sesi bertemu peminat bersama Adi Putra.
En. Zamri Mohamad
|
Bersama Ustaz Zahiruddin Zabidi dan En. Ramlee Awang Murshid.
|
Dell rasa bertuah dapat menghadiri forum ini kerana banyak ilmu yang Dell dapat di sini. Dell sangat suka dengan kupasan En. Ramlee. Beliau banyak menekankan tentang keberkatan dalam rezeki dan kurniaan ilham oleh Allah melalui kerendahan hati dan doa yang berterusan kepada-Nya. Dell sempat mendapatkan dua buah novel karya beliau untuk melihat cara penulisannya yang berbeza dengan penulis novel yang lain.
YM Raja Ahmad Aminullah |
Selepas solat Asar, Dell terasa sangat lapar. Jadi Dell dan rakan blogger pekena Nasi Ayam di gerai yang disediakan di situ. Nak dijadikan cerita, kebanyakan meja penuh hanya meja ini yang ada kekosongan. Maka, Dell meminta izin makan di situ daripada seseorang. Wajahnya seperti Dell pernah lihat di kaca televisyen, tapi Dell lupa siapakah gerangannya. Orangnya sangat peramah, simple dan bersahaja. Sehinggalah Dell dapat tahu bahawa beliau ialah YM Raja Ahmad Aminullah.
Ini sahaja buku yang sempat Dell beli untuk menghabiskan baucer RM50 yang terakhir. Dell tak sempat untuk melawat kesemua booth yang ada terutama di bahagian buku antarabangsa. Kami berdua pulang dari pesta ini dalam pukul 9.00 malam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan