Akhirnya pada tahun 2013, Dell selamat menunaikan kewajiban sebagai pengundi untuk kali pertama. Dulu, Dell tak kisah langsung tentang hal ini walaupun sudah daftar lama dah. Mungkin faktor usia yang semakin matang menyebabkan Dell terasa sangat bertanggungjawab untuk mengundi. Sementelah keadaan politik negara yang semakin tidak stabil sejak kes bekas timbalan TPM ketika itu.
Dell kena buang undi di kampung halaman mengikut alamat di dalan kad pengenalan. Pada 5 Mei 2013, Dell mengundi di Sekolah Rendah Kebangsaan Kampung Melayu untuk Dun Mahkota. Dell pergi mengundi selepas solat Zohor kerana pada waktu pagi terlalu ramai orang. Rezeki Dell, kali pertama mengundi beratur panjang tetapi duduk. Hujan pula renyai-renyai, jadi cuaca sejuk, tak panas seperti waktu pagi.
Rasa kurang selesa juga kerana jari dicalit dengan dakwat sebab mengotorkan benda yang dipegang kerana terlupa dakwat belum kering. Penggunaan dakwat ini cadangan parti pembangkang waktu dulu kerana tidak percaya dengan kiraan undi.
Jari Dell selepas dua hari. Dakwat masih tak hilang. Mungkin kerana kulit Dell jenis kering, susah untuk dihilangkan kesan dakwat. Dell tak boleh guna peluntur atau sabun pencuci pakaian kerana alergi.
Apa-apa pun, Dell sudah berjaya menjalankan tanggungjawab walaupun sibuk dengan urusan sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan