Selamat Datang ke Blog Dell!

Bersama Dell di Alam Maya
Sertai Saya

Menulis ya!



By  Kakdell     Ahad, Mac 17, 2013    Labels:, 

Tadi ketika Dell sedang makan malam bersama keluarga, tiba-tiba telefon bimbit Dell berbunyi menandakan ada sms masuk. Rupa-rupanya, salah seorang pensyarah di FBMK, UPM tempat Dell bekerja dulu iaitu Dr. Kamariah Kamarudin mengajak Dell pergi ke Pelancaran Buku Pengarang Wanita ITBM di UTC Pudu Sentral eaok petang.

Dell rasa terharu kerana dah lama meninggalkan fakulti sebagai seorang staf tetapi masih ada beberapa pensyarah yang sudi sms atau menelefon Dell bertanya khabar atau mengajak Dell untuk melakukan sesuatu bersama mereka. 

Antara petikan sms daripada beliau tadi ialah "Nak bagi Dilla semangat untuk menulis... Menulis ya!"

Dell selalu membaca blog beliau. Beliau antara yang memberi semangat untuk Dell menulis walaupun Dell tidak pernah menjadi anak murid beliau secara rasmi. Ini kerana Dell tidak pernah mengambil subjek Penulisan Kreatif memandangkan ketika bacelor dulu, Dell mengambil minor komunikasi. Beliau juga memberi Dell beberapa buah buku termasuk dua buah novel tulisan beliau. 


NOTA:
Dell juga turut menerima beberapa tips menulis secara tidak langsung daripada Prof. Madya Dr. Lim Swee Tin. Beliau juga turut memberi beberapa buah buku kepada Dell sebagai pedoman untuk menulis. Dell berasa serba salah jika tidak menulis memandangkan mereka banyak memberi Dell ilmu secara tidak langsung. Mudah-mudahan, semuanya berjalan lancar insyaAllah.

Kenali Kakdell

Panggilan nama Kak Dell ini muncul ketika Dell menjadi senior di tahun akhir pengajian Bacelor Sastera (Pengkhususan Bahasa dan Linguistik Melayu) di UPM. Junior yang me'reka' panggilan ini.

2 ulasan:

  1. Teruskan usaha kak!

    Insya-Allah boleh. Baru-baru ini saya ada jumpa seorang (bakal) penulis. Kasihan dengannya. Pelbagai kursus penulisan pergi, namun dia kekal begitu, (bakal) penulis.

    Permulaan kak menulis blog ini sudah saya yakin akan membawa kak kepada kejayaan dalam penulisan. (y)

    BalasPadam
  2. Terima kasih Izham. Saya pun masih lagi memperbaiki penulisan saya. Cita-cita ada, kena kuat semangat. Amin... :)

    BalasPadam