Selamat Datang ke Blog Dell!

Bersama Dell di Alam Maya
Sertai Saya

Alahai bakal Doktor...



By  Kakdell     Khamis, Disember 13, 2012    Labels: 


Ketika Dell bertugas mengawas peperiksaan di Universiti INTI, Nilai baru-baru ini, tiba-tiba Dell teringat ketika menjadi Pembantu Penyelidik (RA) di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan pada tahun 2005. Ada satu hari tu, Dell membantu bos Dell iaitu salah seorang Profesor Perubatan menjaga peperiksaan salah satu subjeknya. Ketika sedang mengawas peperiksaan, ada dua orang pelajar perubatan memanggil Dell. Ingatkan hendak kertas jawapan lebih, rupa-rupanya... "Kak, nak tanya... Soalan ni nak jawab macam mana ye? Mesti akak tahu jawapannya.." (katanya sambil tersengih-sengih). Maka Dell pun menjawab, "Kalau akak tahu jawapannya, akak dah jadi Doktor Perubatan dah... tak jaga sini adik oi". Bila teringat kisah ini, Dell akan tersenyum sendirian. Alahai, bakal doktor...

Kenali Kakdell

Panggilan nama Kak Dell ini muncul ketika Dell menjadi senior di tahun akhir pengajian Bacelor Sastera (Pengkhususan Bahasa dan Linguistik Melayu) di UPM. Junior yang me'reka' panggilan ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan