Selamat Datang ke Blog Dell!

Bersama Dell di Alam Maya
Sertai Saya

Masak... Kemas???



By  Kakdell     Selasa, Disember 04, 2012    Labels:, 
Ish, sejak dua menjak setelah duduk selama hampir dua minggu di rumah sepupu di Melaka baru-baru ni... tiba-tiba je terasa asyik hendak masak je. Dell baru je mengemas sedikit demi sedikit bahagian dapur dan membuang barang-barang lama yang tak dipakai lagi. Banyak lagi hendak disusun supaya dapur terasa selesa dan kemas. Terlalu banyak tupperware yang perlu disusun. Lagipun, ada beberapa barang kelengkapan dapur yang Dell teringin nak beli seperti blender, microwave dan tempat stim serta bakar. 


Semalam Dell membeli barang-barang dapur kerana selepas ni Dell akan berhibernasi seperti biasa di dalam rumah jika sudah mula menyiapkan tugasan-tugasan yang perlu dihantar nanti. Bila dah mula pegang pen, memang berkurung la Dell di dalam rumah. Pernah sampai 3 hari. Sebab tu kena ada stok makan di rumah. Kalau Dell dah ada microwave dan tempat stim serta bakar, Dell boleh variasikan masakan. Jadi taklah jemu. Walaupun, dikeliling rumah Dell ni dipenuhi dengan pelbagai jenis restoren dari masakan timur, barat, utara dan selatan, kadang-kadang masih jemu juga. Bukan semua kedai masakannya konsisten, kadang-kadang sedap, kadang-kadang hampeh!

Ini pun, Dell hendak susun perabot kat rumah ni. Maklumlah, sejak dah tak bekerja ni... kebanyakan masa Dell berada di rumah. Banyak juga barang-barang yang tak guna Dell dah buang terutama tinggalan housemate sebelum ini. Tambahan pula, sahabat handai dan saudara-mara pun selalu datang ke rumah Dell sekarang ni. Segan juga jika keadaan rumah berserabut. Bila berserabut, hendak menulis pun jadi takde mood. 


NOTA :
  1. Mama dah pesan, jangan beli banyak perabot nanti susah hendak pindah.
  2. Mama kata tunggu duduk rumah sendiri baru beli barang-barang kelengkapan rumah.

Kenali Kakdell

Panggilan nama Kak Dell ini muncul ketika Dell menjadi senior di tahun akhir pengajian Bacelor Sastera (Pengkhususan Bahasa dan Linguistik Melayu) di UPM. Junior yang me'reka' panggilan ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan