Selamat Datang ke Blog Dell!

Bersama Dell di Alam Maya
Sertai Saya

Mari kita ke kebun!



By  Kakdell     Selasa, Disember 04, 2012    Labels: 
Hari Sabtu lepas, Dell diajak oleh kawan satu tempat kerja di RMC dulu untuk mengikut dia sekeluarga ke kebun buah-buahannya di Sendayan, Negeri Sembilan. Kebetulan Dell tiada apa-apa aktiviti pada hari Sabtu tu, jadi Dell pun setuju untuk mengikutinya. Teringin juga hendak merasai bagaimana pengalaman memetik buah-buahan di kebun ni (jakon sebenarnya). Almaklumlah, kebun-kebun atok Dell semuanya kebun kelapa sawit, takkan nak petik  buah kelapa sawit, kan? Woha!

Sebelum bertolak ke kebun, kami semua singgah bersarapan di Restoran Warisan, Seksyen 7, Bandar Baru Bangi. Dell pergi ke kebun tu menaiki kereta Ezora mereka.

Hampir 45 minit perjalanan, akhirnya kami sampai ke kebun tu. Pening lalat juga Dell di dalam kereta kerana jalan menuju ke tempat tu bengkang-bengkok macam ular kena palu (Eh, terkeluar pula peribahasa Dell).

Inilah tuan punya kebun... Kak Zai... Tebas jangan tak tebas... hehehe... 

Kali pertama Dell berpeluang memetik buah pulasan.

Hampir sejam kami mengerjakan pokok rambutan dan pulasan, ini hasilnya... tadaaa....

Berpeluh juga kami semua walaupun hanya berada di kebun tidak sampai 2 jam pun. Kami hanya sempat mengerjakan 2 batang pokok rambutan dan 2 batang pokok pulasan. Kalau diikutkan tanah kebun kawan Dell ni 8 ekar kalau tak silap. Merasalah Dell menikmati suasana kampung dan buah-buah yang manis dan segar ni.

NOTA:
Tak sabar hendak pergi ke kebun durian pula nanti. Teringat pergi ke kebun durian Kak Zai ni ketika Dell bekerja di RMC dulu. Masa tu beberapa orang kawan yang rapat sama-sama pergi ke kebun termasuk bos kami yang sporting tu. Puas kami makan durian waktu tu. :)





Kenali Kakdell

Panggilan nama Kak Dell ini muncul ketika Dell menjadi senior di tahun akhir pengajian Bacelor Sastera (Pengkhususan Bahasa dan Linguistik Melayu) di UPM. Junior yang me'reka' panggilan ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan