Hari ini merupakan kali pertama Dell menjadi Pengawas Peperiksaan di Kolej Inti, Nilai. Tak pernah terfikir yang Dell akan terlibat dengan hal-hal sebegini sebenarnya. Rezeki dari Allah. Sebenarnya, Dell menggantikan kawan Dell yang kebetulan dia tak dapat involve menjadi pengawas peperiksaan pada kali ni. Lumayan juga bayarannya walaupun seharian kena jaga peperiksaan. Nyaris-nyaris Dell hendak skip kuliah esok (Jumaat) dek kerana bayaran yang ditawarkan. Cepat-cepat Dell istighfar dan berkata di dalam hati, 'Jangan tamak dengan rezeki Allah... nilai ilmu lebih berharga dari nilai duit tersebut, jika ikhlas.. insyaAllah, Allah akan beri rezeki yang lain'. Terus Dell beritahu kepada pihak pentadbir bahawa hari Jumaat Dell tak boleh involve sebab ada kuliah. Apabila pihak pentadbir memberi jadual baru kepada Dell, ternyata jam bertugas kepada Dell agak penuh untuk hari-hari lain. Ini bermakna bayaran upah Dell agak tinggi juga walaupun terpaksa melepaskan 11 jam kerana kuliah. Tak mengapa, adalah tu nanti rezeki di tempat lain yang mungkin kita tak tahu yang Allah lorongkan nanti.
Sesungguhnya, lagi banyak rezeki yang Allah limpahkan kepada Dell, Dell akan lebih berhati-hati dengan setiap langkah Dell. Bermaksud, Dell perlu mensyukuri segala nikmat yang dikurniakan dengan mendekati ilmu akhirat bukan ilmu dunia semata-mata.
~Apabila kita sudah REDHA dengan sesuatu kejadian, insya-Allah segala-galanya akan DIPERMUDAHKAN oleh-Nya~
NOTA :
- Terima kasih kepada salah seorang kawan Dell yang memberikan peluang ini kepada Dell. Semoga dia dilapangkan rezeki kerana sudi berkongsi rezeki dengan Dell.
- Dapat juga menambah sedikit pendapatan sementara menunggu duit biasiswa masuk dalam akaun.
- Dapat pengalaman baru, berjumpa orang baru (networking) dan suasana baru.
- Dell bersyukur dapat mengelakkan diri dari sifat TAMAK dengan rezeki Allah dengan lebih mengutamakan ilmu, sesungguhnya rezeki yang banyak juga merupakan suatu ujian bagi hamba-hamba-Nya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan