Selamat Datang ke Blog Dell!

Bersama Dell di Alam Maya
Sertai Saya

Subjek Sains???



By  Kakdell     Ahad, Disember 09, 2012    Labels:, 
Tadi Dell menonton filem 'School of Life' di NTV7. Bagus jalan cerita filem ini kerana ianya merupakan salah satu filem yang bermotivasi (bagaimana seorang guru subjek Sejarah dapat menarik perhatian anak-anak muridnya supaya suka akan subjek itu dan menyebabkan seorang guru senior subjek Sains merasakan kehadiran guru itu menggugat prestasinya). Hendak tahu jalan cerita filem ini, sila klik di atas nama filem yang Dell tulis tadi.

Ketika menonton filem ini, Dell teringat semasa Dell mempelajari subjek Sains ketika di tingkatan 3. Tak dinafikan keputusan subjek Sains Dell sejak tingkatan 2 sangat teruk, setakat cukup-cukup makan je. Ianya berlanjutan sehingga tingkatan 3. Ntahlah, pada Dell subjek Sains waktu sangat susah.

Tetapi ketika tingkatan 3, guru subjek sains Dell merupakan guru yang sangat tegas. Tak dinafikan Dell takut juga dengan dia. Nama guru Sains Dell ni ialah Cikgu Aishah. Selepas sebulan, cikgu Aishah mengajar... lama-kelamaan Dell suka pula cara cikgu ni mengajar. Mudah faham dan ingat. 

Setelah cikgu dapat tahu yang kami semua ni tak ingat langsung pelajaran Sains sejak tingkatan 1, dia pun buat kelas tambahan di sekolah dan Dell sanggup bayar untuk pergi tuisyen Sains dirumahnya pula. Secara tisak langsung, Dell jatuh cinta dengan subjek Sains. Alhamdulillah, keputusan Dell semakin meningkat dan banyak pembelajaran Sains itu dikaitkan dengan hidupan harian. Tak dinafikan Dell mendapat A dalam subjek Sains ketika di PMR. Pada Dell yang penting, ilmu Sains itu sendiri yang dapat dipraktikan dalam kehidupan harian kita dalam apa jua keadaan walaupun sekecil-kecil perbuatan.

Siapa kata jika kita pernah gagal sebelum ini bermakna kita akan gagal selamanya, kan? Yang penting, kita sendiri yang perlu mengubah cara pemikiran dan memotivasikan diri sendiri untuk berjaya. Jika tidak, memang susah. Takkan mengubah apa-apa. Tepuk dada, tanya iman kita! :)

NOTA :
  1. Dell juga pernah gagal dalam salah satu cita-cita Dell berkaitan dengan Sains Tulen, tetapi Dell tidak berputus asa dan cuba berjaya di dalam Sains Sosial pula.
  2. Dell pernah mendapat keputusan peperiksaan yang rendah ketika di sekolah tetapi ianya tidak bermakna Dell tidak boleh menjejakkan kaki sehingga ke peringkat universiti. Kini Dell dalam pengajian PhD.
  3. Dell pernah merasai kegagalan, sebab itulah cara Dell mengajar tuisyen agak berbeza kerana telah merasai apa yang anak-anak murid Dell rasa.
  4. Yang penting untuk berjaya ialah ubah minda kita ke arah kejayaan dan buang perkataan 'TAK BOLEH' di dalam minda kita.

Kenali Kakdell

Panggilan nama Kak Dell ini muncul ketika Dell menjadi senior di tahun akhir pengajian Bacelor Sastera (Pengkhususan Bahasa dan Linguistik Melayu) di UPM. Junior yang me'reka' panggilan ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan