Selamat Datang ke Blog Dell!

Bersama Dell di Alam Maya
Sertai Saya

Di Bumi Hang Tuah 2



By  Kakdell     Selasa, Disember 04, 2012    Labels:, 
Minggu lepas merupakan minggu kedua, Dell menginap di Villa sepupu Dell di Melaka. Yana meminta Dell menemaninya sementara anak-anak dia pindah ke Melaka dari Kluang. Maklumlah, suaminya bekerja di Batu Pahat, belum dapat pindah lagi. Seperti biasa, setiap kali Dell berada di sini, Dell akan menjadi teruja untuk main-main pondok iaitu memasak. Hehehe.

Dell suka dengan kelengkapan kabinet dapur villa sepupu ni dan barang-barang kering serta basah penuh di dapur ni. Belum lagi stok makanan ringan seperti gula-gula, kerepek, jajan dan coklat. Senang cerita, rumah sepupu Dell ni memang syurga makanan.

Hari Selasa, Dell masak Macaroni Goreng. Malam pula, kami goreng nudget ayam dan potatoes widges. Tengah malam pula, Dell masakkan dadih keladi atas permintaan sepupu Dell tu.

Hari Rabu, Dell masak Spagetti Goreng Pedas. Malam pula, kami makan di Ayer Keroh selepas menaiki bot di Melaka River Cruise.

Hari Khamis pula, Dell masak Sambal Udang, Sotong Kicap dan Sawi Goreng. Kebetulan petang tu, Achik (mak sepupu), Uncle (bapa sepupu) dan Mirul (adik sepupu) datang ke rumah Yana selepas mereka pergi ke MAHA. Mereka tak tahu yang Dell berada di rumah Yana, kalau tak sudah tentu mereka ajak pi MAHA sekali. Malam tu, kami semua pergi makan di Johnny's Steamboat di Jaya Jusco Ayer Keroh.

Sekali sekala seronok juga bertukar angin. Terasa lapang hati dan fikiran. Tapi tak boleh selalu nanti bosan.

NOTA:
Disaat artikel ini ditulis, dua anak Yana sudah berada di villa barunya di Melaka tu. Jadi tidaklah kesunyian lagi sepupu Dell tu. :)

Kenali Kakdell

Panggilan nama Kak Dell ini muncul ketika Dell menjadi senior di tahun akhir pengajian Bacelor Sastera (Pengkhususan Bahasa dan Linguistik Melayu) di UPM. Junior yang me'reka' panggilan ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan