Selamat Datang ke Blog Dell!

Bersama Dell di Alam Maya
Sertai Saya

Peperiksaan Akhir???



By  nurdilla zaini     Khamis, Disember 06, 2012    Labels: 
Diam tak diam, semester ini sudah hampir ke penghujungnya. Terasa lega kerana salah satu tugasan Dell iaitu laporan untuk bengkel SPSS sudah dihantar pada Jumaat lepas. Tapi ianya bukan lega sepenuhnya tau! Ada lagi tugasan yang perlu Dell selesaikan dan kena hantar pada bulan ni. Bulan depan, merupakan minggu peperiksaan akhir. Apalah soalan yang akan ditanya nanti agaknya, ya... huhu...

Dalam masa yang sama, Dell perlu menjalankan penyelidikan bermula bulan ni, supervisor pun sudah bagi hint semalam. Ni pun sudah siap sedia untuk mengisi borang laporan kemajuan pelajar untuk GSO dan KPT. Baru baca borang laporan kemajuan je dah terasa tak tahu nak melapor apa. Terasa kurang sangat aktiviti melakukan penulisan dan penyelidikan. Ish, malu rasanya!

NOTA :

  1. Kena siapkan laporan kemajuan pelajar selewat-lewatnya minggu depan.
  2. Siapkan tugasan selewat-lewatnya minggu hadapan juga.
  3. Nota untuk setiap subjek yang diambil pada semester ini harus disusun selewat-lewatnya minggu depan.
  4. Siapkan tugasan yang perlu dibincangkan dan dibentangkan selewat-lewatnya esok hari.




Kenali nurdilla zaini

Panggilan nama Kak Dell ini muncul ketika Dell menjadi senior di tahun akhir pengajian Bacelor Sastera (Pengkhususan Bahasa dan Linguistik Melayu) di UPM. Junior yang me'reka' panggilan ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan