Selamat Datang ke Blog Dell!

Bersama Dell di Alam Maya
Sertai Saya

Membeli-belah TAK Ingat!



By  Kakdell     Khamis, Disember 27, 2012    Labels:, 
Setelah dua hari berturut-turut Dell menumpukan sepenuh perhatian hanya pada buku-buku dan bahan-bahan untuk menyiapkan tugasan... semalam, Dell langsung tiada mood untuk menjeling tugasan tersebut. Biasalah tu, setelah membelek hampir 10 buku untuk diteliti maka otak Dell rasa tepu sangat!

PERIHAL RAMBUT
Hajat di hati ingin merehatkan badan dengan mencuci rambut di spa berdekatan (salon yang biasa Dell pergi sejak tahun 2006), tetapi semalam memang Dell tak puas hati dengan perkhidmatannya. Mungkin disebabkan pekerja yang layan Dell tu BUDAK BARU. Kerjanya hanya nak promosi barang je. Orang nak cuci rambut, akhirnya cuci rambut ntah ke mana. Dell memang suka cuci rambut di situ kerana ketika mereka cuci rambut, mereka akan urut di kepala, leher dan bahu. Semalam hampeh! Kalau setakat cuci biasa, baik Dell cuci sendiri kat rumah. Hilang mood Dell! Sungguh pun begitu, Dell beli juga barangan promosi mereka tu (terbang juga duit aku!) iaitu dari jenama Alken.
Kesemua barangan ini berharga RM130 setelah diskaun (Hair Loss & Scalp Shampoo + Moisture Masque + Tonic Hair + Smooth Treatment). Pada Dell kira oklah tu disebabkan memang Dell tahu jenama Alken ni mahal, lagipun boleh pakai beberapa bulan. Dell bersetuju beli pun sebab Dell terasa kulit kepala asyik gatal je la ni. Mungkin disebabkan stress dengan belajar.

PERIHAL SOFA
Selepas tu, Dell survey sofa di kedai-kedai perabot berdekatan dengan rumah. Dell memang dah lama hendak beli Sofa L Shape atau pun Sofa Bed. Akhirnya, Dell membeli Sofa L Shape yang kebetulan ada sale hujung tahun. Dell beli sofa yang kecil je, sesuai dengan keluasan rumah sewa Dell ni. Harganya pun hanya RM399. Lagipun mama dah pesan, jangan beli barang rumah mahal-mahal tunggu dah ada rumah sendiri, baru beli set kelengkapan rumah yang benar-benar ada kualiti. Kerana teringatkan pesanan itu, Dell tahankan hati dari membeli set sofa yang mahal. Sofa tu akan sampai di rumah Dell dalam masa tujuh hari.
Inilah sofanya cuma bodynya tu Dell tukar ke fabrik. Dell pilih fabrik berwarna coklat gelap untuk body dan warna coklat cerah untuk kusyennya. Kira oklah tu boleh baring, panjang pun 6 kaki. Kira lepaslah untuk Dell yang tak berapa tinggi ni.

Ni pun Dell sedang mencari tikar yang sesuai. Karpet kat depan TV tu nak dialihkan ke dalam bilik belakang. Penat asyik nak bersihkan bulu si Kimmy. Lepas dah letak tikar, Dell akan letak bantal-bantal raksasa di situ. Lapang je rasa. Sedap golek-golek sambil baca buku atau masa sedang belajar. Tambahan, di tepi TV tu memang mini perpustakaan Dell. Rak-rak buku bersusun di situ.

Bilik belakang tu, tempat Dell letak baju. Ingat nak ubahsuai buat bilik solat. Senang kalau ada tetamu datang. Masih ada banyak barang yang Dell kena kemas dan buang di dalam stor tu. Nak susun barang-barang di situ supaya lebih kemas. Sepanjang tahun ni, dah berguni-guni Dell buang benda yang tak berguna di dalam rumah ni (betul tak tipu!).

PERIHAL PRODUK KESIHATAN
Walaupun kita tengah sibuk belajar, kesihatan tidak boleh lupa. La nie Dell ambil Vitamin C 1000g + Virgin Coconut Oil + Ibu Kolegen + Buah Zuriat (dari Mekah). Ada lagi yang Dell hendak ambil tapi tunggu dulu. Selesaikan satu persatu. Kang bengong plak nanti. Hehehe. Dell beruntung kerana penjual produk-produk ini adalah kawan rapat Dell sendiri (mudah berurusan) dan bertambah bertuah kerana setiap kali Dell hendak beli secara kebetulan ada promosi. Memang jimat banyak duit!
Vitamin C 1000g + Virgin Coconut Oil 
 Ibu Kolegen

Buah Zuriat (dari Mekah)



NOTA :
1.  Harap selepas ini kepala Dell tak akan mengalami kegatalan lagi.
2. Dell kena bersabar sehingga sudah memiliki rumah sendiri untuk membeli set perabot yang lengkap.
3. Khasiat produk kesihatan yang Dell ambil ni akan dikupas nanti. Kang panjang berjela pula. :)

Kenali Kakdell

Panggilan nama Kak Dell ini muncul ketika Dell menjadi senior di tahun akhir pengajian Bacelor Sastera (Pengkhususan Bahasa dan Linguistik Melayu) di UPM. Junior yang me'reka' panggilan ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan