Selamat Datang ke Blog Dell!

Bersama Dell di Alam Maya
Sertai Saya

Ayam Penyet Lamongan



By  Kakdell     Ahad, Disember 16, 2012    Labels: 
Menu makan tengah hari Dell pada hari Jumaat lepas ialah Ayam Penyet. Dell dan sahabat karib Dell, Camy sempat ke Kafe Ayam Penyet Lamongan di Nilai, Negeri Sembilan. 

Nasi Ayam di sini memang sedap! Ayamnya lembut, tempe dan tauhu lembut walaupun dimasak garing, supnya berasa dengan serai dan nasinya seperti rasa nasi ayam bukan nasi kosong semata-mata. Kombinasi makan Nasi Ayam Penyet bersama sambalnya tersendiri dan ulam-ulaman seperti timun dan kobis sangat menyelerakan! Harganya pun berpatutan (tak sampai RM10). Dell menikmati menu tersebut dengan Teh O Limau Ais (airnya pun berasa sedap dan wangi dengan limau!). Selain ayam penyet, ada juga lauk lain seperti sotong, udang, daging dan ikan. 

Apa lagi, cubalah merasa nasi ini di restoren yang Dell nyatakan tadi. Restorennya berdekatan dengan Kolej Inti, Nilai (kawasan di belakang Kolej Inti). ~Adios!~

Kenali Kakdell

Panggilan nama Kak Dell ini muncul ketika Dell menjadi senior di tahun akhir pengajian Bacelor Sastera (Pengkhususan Bahasa dan Linguistik Melayu) di UPM. Junior yang me'reka' panggilan ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan