Selamat Datang ke Blog Dell!

Bersama Dell di Alam Maya
Sertai Saya

Semanis Kurma - Bila Cerita Direka-reka



By  Kakdell     Ahad, Disember 16, 2012    Labels:, 

Tadi salah seorang sahabat Dell datang ke rumah Dell. Antara topik yang kami bualkan ialah masalah fitnah. Lantas, Dell teringat pernah berkesempatan menonton Semanis Kurma yang membawa topik 'Bila Cerita Direka-reka' beberapa bulan yang dulu. Satu perkongsian ilmu yang sangat menarik dengan petikan ayat-ayat al-quran, hadis dan kata-kata nasihat sebagai panduan.

Hal ini memang berlaku di mana-mana dan sesiapa sahaja boleh terlibat selagi masih ada mereka yang memiliki hasad di dalam hati. Perbuatan mereka yang suka reka dan menokok tambah cerita yang asal untuk menjatuhkan seseorang atau nak mewujudkan sengketa antara orang lain memang dilaknat oleh Allah. 

Allah telah tetapkan rezeki setiap hambanya, tetapi dengan kedatangan orang-orang yang hasad seperti ini seolah-olah cuba mengubah rezeki yang diberikan daripada-Nya kepada seseorang itu (bermaksud tidak redha dengan pemberian Allah kepada orang disekitarnya sehingga wujudnya hasad).

Ustaz mengatakan, kita dibolehkan untuk mendoakan sesuatu yang buruk kepada mereka yang aniaya kita sebagai pengajaran dan pembalasan ke atas penganiayaan yang dilakukan ke atas kita, tetapi adalah lebih baik kita memaafkan mereka kerana apa yang mereka lakukan akan mendapat laknat Allah dunia dan akhirat dan secara tidak langsung, mereka telah memberi pahala free kepada kita. Lagipun, Allah tidak menghapuskan dosa yang dilakukan sesama manusia melainkan mereka itu meminta maaf terhadap orang yang dianiaya itu.

Dell pun hanya manusia biasa, ada sifat marah dan sakit hati. Dell pernah memaafkan mereka dulu tapi malangnya mereka buat lagi malah lebih teruk. Sukar untuk Dell memberi kemaafan kepada mereka melainkan mereka benar-benar insaf.

Mereka terlupa agaknya, doa orang yang teraniaya ni termakbul tanpa hijab. Pernah dalam keadaan marah, Dell berdoa sambil bernazar ke atas mereka yang menganiaya Dell sama ada zahir atau batin. Mereka tidak sedar perbuatan mereka itu menyebabkan rezeki akan ditarik sedikit demi sedikit, tengoklah sama ada dari segi kewangan, kesihatan, ilmu atau lain-lain.

Dell serahkan semuanya kepada-Nya. Dell sudah laksanakan apa yang perlu Dell buat seperti sembahyang hajat dan lain-lain, selebihnya biar Allah yang turunkan bala ke atas mereka-mereka ini. Ingatlah azab yang Allah turunkan amatlah berat!

Kenali Kakdell

Panggilan nama Kak Dell ini muncul ketika Dell menjadi senior di tahun akhir pengajian Bacelor Sastera (Pengkhususan Bahasa dan Linguistik Melayu) di UPM. Junior yang me'reka' panggilan ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan