Selamat Datang ke Blog Dell!

Bersama Dell di Alam Maya
Sertai Saya

'kebolehpercayaan' dan 'kesahan' penyelidikan ?



By  Kakdell     Sabtu, Disember 08, 2012    Labels: 
Terkejut Dell semasa di dalam kuliah Kuantitatif tadi, tiba-tiba diminta oleh pensyarah dan rakan-rakan lain supaya Dell menerangkan tentang 'kebolehpercayaan' dan 'kesahan' dalam penyelidikan di hadapan kelas. Mereka meminta Dell berkongsi apa sahaja maklumat yang Dell tahu mengenai perkara tersebut berdasarkan apa yang telah diterangkan di dalam kuliah kualitatif sebelum itu agar rakan-rakan sekuliah faham. Mujur Dell masih ingat apa yang telah diucapkan oleh Dr. ZAZH (pensyarah kuliah kualitatif sebelum tu). Kami semua dijamu coklat oleh Dr. Hasnah (pensyarah kuliah kuantitatif) selepas perbentangan tu.

Walau bagaimanapun, Dell rasa lega mengikuti dua kuliah pada hari ini kerana kekeliruan Dell untuk kedua-dua tugasan telah mendapat jawapannya. Jadi, Dell sudah boleh menyiapkan tugasan-tugasan tersebut dengan tenang tanpa ada rasa was-was. Ada hikmah juga Dell kuatkan hati untuk menghadiri kuliah pada hari ini dan menolak untuk mengawas peperiksaan di Kolej Inti Nilai walaupun bayarannya agak lumayan. 

Kiranya Dell mengambil keputusan yang tepat menghadiri kuliah berbanding memilih mengawas peperiksaan untuk hari ini. Nilai ilmu tetap tinggi berbanding nilai wang. Insya-Allah, rezeki tu akan ada di mana-mana kerana ianya rahsia Allah. Yang penting, jangan tamak dan sentiasa bertawakal dengan Allah setelah berusaha bersungguh-sungguh. :)

NOTA :
Bulan ni, jadual Dell agak padat. Sementelah peperiksaan akhir pun semakin menghampiri. Semoga semuanya dipermudahkan oleh-Nya. Aminnn... :)

Kenali Kakdell

Panggilan nama Kak Dell ini muncul ketika Dell menjadi senior di tahun akhir pengajian Bacelor Sastera (Pengkhususan Bahasa dan Linguistik Melayu) di UPM. Junior yang me'reka' panggilan ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan