Selamat Datang ke Blog Dell!

Bersama Dell di Alam Maya
Sertai Saya

Statistik secara manual???



By  Kakdell     Selasa, Disember 18, 2012    Labels: 
Dalam kesibukan Dell mengawas peperiksaan di Universiti INTI, Nilai dalam seminggu ni, siap juga dua tugasan yang perlu dibentangkan pada Jumaat minggu lepas. Salah satu tugasan tu, Dell perlu menggunakan perisian SPSS 20.0. Malangnya, laptop Dell tidak dapat dimuat turun perisian tu disebabkan megabit besar. Nak minta bantuan salah seorang kawan di tempat kerja lama sebelum ni (seorang juruteknik komputer) tapi masa hendak ke pejabat dia, tiada masa. Akhirnya, Dell terpaksa membuat tugasan pengiraan statistik secara manual! Lebih baik mencuba daripada langsung tak buat, betul tak?

Sedang Dell menulis formula Khi Kuasa Dua dan cara pengiraannya di papan putih, tiba-tiba kedengaran suara daripada teman sekuliah... "Wah, terasa seperti belajar matematik tambahan la pula!". Mana taknya, Dell seorang sahaja terpaksa menerangkan tugasan statistik dengan cara manual. Jika tak ditulis segala formula, susah pula hendak terangkan pengiraannya. Payah pula nanti nak beritahu hubungan hipotesis yang kita dapat.

Dr. Hasnah, pensyarah kuliah Statistik Dell mengatakan bahawa mereka dulu memang terpaksa mengira statistik dengan cara sebegitu. Susah... tak seperti sekarang mudah kerana ada perisian SPSS. Apa-apa pun, Dell rasa lega kerana dapat membentangkan tugasan tersebut dengan sempurna memandangkan hari itu merupakan hari terakhir kuliah sebelum peperiksaan akhir bermula awal bulan depan.

NOTA
Kuliah terakhir kami diakhiri dengan jamuan makan (makan KFC tu...) dan sesi bergambar sebagai kenangan. Ish, tiba-tiba terasa rindu pula kuliah ni! Semoga keputusan kami semua dapat terbaik nanti, chaiyok2! :) 


Kenali Kakdell

Panggilan nama Kak Dell ini muncul ketika Dell menjadi senior di tahun akhir pengajian Bacelor Sastera (Pengkhususan Bahasa dan Linguistik Melayu) di UPM. Junior yang me'reka' panggilan ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan