Selamat Datang ke Blog Dell!

Bersama Dell di Alam Maya
Sertai Saya

Rezeki... rezeki...



By  Kakdell     Jumaat, Disember 14, 2012    Labels:, 
Lega rasanya kerana semalam merupakan hari terakhir Dell bertugas mengawas peperiksaan di Universiti INTI, Nilai. Letih juga rasanya walaupun hanya duduk atau berdiri ketika mengawas peperiksaan. Selama lima hari Dell di situ, bermula dari pukul 8.00 pagi sehingga petang selewat-lewatnya pada pukul 7.00 lebih petang. 

Masih ingat lagi tak di dalam tulisan sebelum ini (klik : Pengawas Peperiksaan) yang Dell mengatakan 'JANGAN TAMAK' dengan rezeki yang Allah beri? Walaupun Dell terpaksa melepaskan jadual mengawas peperiksaan pada hari Jumaat kerana perlu menghadiri kuliah... pada hari Isnin baru-baru ni, Dell menerima panggilan dari seseorang yang dikenali (merupakan seorang pensyarah di salah sebuah IPTA) memberitahu bahawa cadangan dan pendapat Dell pada Jumaat lepas untuk menyelesaikan masalahnya berkaitan dengan geran penyelidikan FRGSnya itu telah dipersetujui oleh pihak pengurusan geran di sana. Gembira sungguh Dell kerana dapat menggunakan pengalaman Dell bekerja sebelum ini untuk menjadi consultant kepada orang lain. Dell pun tak sangka beliau membayar Dell untuk rundingan itu. Dia rasa lega sangat-sangat masalah penyelidikan beliau tu selesai tanpa masalah.

NOTA :
Kesimpulannya, rezeki itu rahsia Allah. Jangan tamak dalam mengejar wang ringgit. Perlu pentingkan perkara lain yang lebih bernilai seperti ilmu. Apabila kita telah berjaya di dalam ujian tersebut, rezeki lain akan datang tanpa di sangka-sangka. Percayalah! :)

Kenali Kakdell

Panggilan nama Kak Dell ini muncul ketika Dell menjadi senior di tahun akhir pengajian Bacelor Sastera (Pengkhususan Bahasa dan Linguistik Melayu) di UPM. Junior yang me'reka' panggilan ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan