Selamat Datang ke Blog Dell!

Bersama Dell di Alam Maya
Sertai Saya

Aik, bertambah?



By  Kakdell     Selasa, Januari 15, 2013    Labels:, 
Kadang-kadang Dell pening dengan jadual di Pusat Tuisyen tempat Dell mengajar. Jadual sentiasa berubah. Mujur Dell memang mengajar subjek yang merupakan bidang sendiri, jadi senang Dell nak adjust di saat-saat akhir. Maklumlah, pusat ini baru sangat ditubuhkan. Masih banyak kekurangan dari segi pentadbiran. 

Semalam, Dell betul-betul tak tahu yang rupa-rupanya ada seorang pelajar Tingkatan Dua mahukan Dell mengajarnya secara one-to-one. Maknanya, setiap minggu Dell perlu mengajarnya untuk subjek BM sahaja. Dell ingatkan hanya membantunya pada minggu lepas sahaja kerana beranggapan sebagai bantu dia waktu prep. Jadi Dell tak datang untuk mengajarnya semalam, hanya datang untuk mengajar tuisyen untuk kelas. Huhu.

Pelajar di dalam kelas Dell semakin bertambah setiap minggu. Semakin tinggi bilangan pelajar, semakin Dell kena tahan dengan karenah mereka. Dell cuma mengharapkan Allah menurunkan ilham setiap kali Dell mengajar mereka. Maklumlah, pelajar zaman sekarang ni aktif tak seperti zaman dulu. Mereka banyak tanya dan suka bandingkan dengan sesuatu. Kita kena tahu bagaimana untuk menjawab. Jika tidak, mereka tak dapat ilmu yang betul dan dengan kita sekali terkeliru.

NOTA:
Ada yang bertanya, "Mengapa tidak mahu memohon KPLI? Boleh jadi cikgu terus." Jawapan Dell, Dell memang tidak berminat untuk menjadi seorang guru kerana cita-cita Dell bukan dalam profesion ini. Dell hanya mampu menjadi guru setakat guru tuisyen sahaja. Melalui guru tuisyen, Dell hanya perlu mengajar beberapa jam sahaja seminggu dan tidak terikat dengan prosedur tertentu. Yang penting, ilmu yang Dell turunkan  kepada mereka dapat diaplikasikan untuk kehidupan harian mereka di samping meningkatkan prestasi pelajaran mereka. Ala-ala macam dalam cerita '3 Idiots' gitu.

Kenali Kakdell

Panggilan nama Kak Dell ini muncul ketika Dell menjadi senior di tahun akhir pengajian Bacelor Sastera (Pengkhususan Bahasa dan Linguistik Melayu) di UPM. Junior yang me'reka' panggilan ini.

2 ulasan:

  1. Saya rasa, kak sesuai jadi seorang pensyarah. Saya juga setuju dengan pandangan bahawa mengajar apa yang penting ilmu itu sampai. Saya pernah menjadi guru tuisen, tapi sementara sahaja. Sebab pusat tuisen itu hanya mahukan pengajar celup. Maksudnya jika ada cikgu tuisen mereka tak datang, saya jadi pengganti. Sukar sebenarnya begitu. Sebab kadang-kala mereka call masa saya sedang ada kelas. Terpaksa menolak. Selepas itu sudah tak dengar khabar daripada mereka.

    Lalu, saya ni bukanlah pandai mengajar. Tapi pandai menyampaikan ilmu melalui tulisan. Sebab itu saya cuba terbaik sampaikannya melalui Wikipedia. Jika saya salah, ada orang boleh betulkan.

    BalasPadam
  2. Amin... mudah-mudahan termakbul apa yang dikatakan oleh kamu tu... Sebenarnya, saya bukanlah pandai mengajar. Segala-galanya bermula ketika saya tamat pengajian BA dulu. Waktu itu, susah hendak mencari pekerjaan. Pernah juga kena tipu ketika ditemuduga, terbang duit saya (kes tu ada keluar di Metro dulu). Nak kerja di pasaraya atau restoren makanan, saya tak larat berdiri lama. Tiba-tiba diberi peluang untuk mengajar tuisyen BM oleh satu keluarga Cina di Serdang untuk dua orang anaknya. Selepas dua bulan, dia tambah gaji tuisyen tu dan ambil saya jadi tutor sementara di institut swasta dia. Saya teruskan dua kerja sambilan tu sebagai penambahan gaji walaupun selepas itu saya dpt kerja di UPM. :)

    BalasPadam