~Bersama Prof. Dr. Awang Sariyan - Ceramah "Perkembangan Pengajian Melayu di China" pada 29 September 2011 (Khamis) di Dewan Kuliah Za'ba, FBMK UPM, jam 10.00 pagi - 12.00 tengahari~
Beberapa hari sebelum ceramah ini berlangsung di fakulti Dell, Dell menerima satu panggilan daripada Dr. Kamariah Kamaruddin sekiranya Dell sudi untuk membantunya sebagai ahli jawatankuasa kecil. Dell memang teruja mendapat offer tersebut kerana Dell sudah lama teringin hendak berjumpa dengan Prof ni memandangkan sejak STPM Dell menggunakan buku tulisannya sebagai rujukan.
Beliau pernah mengajar di FBMK sekejap sebelum ke Beijing, China. Waktu tu, Dell tak sempat belajar dengan beliau. Ketika Dell sambung MA, tempat beliau diganti oleh Prof. Dr. Hashim Musa (penulis buku Tatabahasa Dewan).
Menerima penggilan daripada beliau pada pagi hari ceramah tu membuatkan Dell terasa gembira sebab tak sangka sebenarnya. Sebelum ini, kami hanya berhubung melalui facebook kerana Dell ingin mengetahui harga buku-bukunya untuk ditulis senarai harga untuk memudahkan jualan pada hari berkenaan. Alhamdulillah, banyak buku-bukunya terjual pada hari tersebut dengan anggaran jualan RM1000 lebih walaupun ada diskaun. :)
Saya lihat buku-buku Dewan ada yang bagus. Cuma cara penyampaiannya tidak seindah PTS. Kerana itu saya lebih suka membeli buku terbitan PTS. Terutamnya terjemahan-terjemahan mereka. PTS pandai mempromosikan buku mereka melalui kulit buku yang menawan.
BalasPadamEh? Mengarut pula di sini. Balik kepada topik, saya juga pernah jadi budak jual buku. Kira tolonga jaga booth jual buku. Yang pasti, isi itu kemudian, kulit buku itu pertama buat pembaca baru.
Itu tidak dinafikan. Harap dengan kemasukan Prof Dr. Awang menerajui DBP sebagai Ketua Pengarah DBP sekarang ini, perkara sebegini dapat diperbaiki.
BalasPadam