Selamat Datang ke Blog Dell!

Bersama Dell di Alam Maya
Sertai Saya

Ketika menjejakkan kaki di Singapura - Bhgn. 2



By  Kakdell     Selasa, Januari 29, 2013    Labels: 
Perkara pertama yang kami buat selepas melalui Imigresen ialah mencari tandas. Maklumlah, selepas subuh sampai... kami masih dalam mood 'mamai' lagi. Tandas di sini memang tiada paip ya. Jadi, silalah bersedia dengan botol mineral kecil untuk mencuci ya. 

Mula-mula kami semua mencari bas ke Woodlands MRT Station untuk membeli tiket khas untuk pelancong yang tinggal beberapa hari di sana. Kita boleh menggunakan tiket ini untuk menaiki MRT dan bas sepanjang hari kita di sana. Gunalah sebanyak mana kita nak guna selagi belum tamat tempoh. Harga tiket untuk 3 hari kami di sana hanya 20 SGD dan mereka akan mengambil 10SGD kita sebagai deposit dan akan dipulangkan semula setelah kad tiket tersebut dipulangkan sebelum tamat tempoh. Bermakna, kita kena bayar 30SGD dulu.

Basnya sangat selesa dan kemas. 

Rupa-rupanya kami terpaksa naik MRT ke Ang Mo Kio MRT Station untuk membeli tiket tersebut. 

Pengguna MRT di sini semuanya berdisiplin. Kita tak akan jumpa orang bertolak-tolak di sini. Ekskulator di sini pun sangat laju berbanding di Malaysia. Staf yang menjaga kawasan di sini pun ramai, kira senang jika kita ingin bertanya.

Lagi satu, keselamatan di landasan amat terjaga. Kiranya kalau ada sesiapa yang ingin terjun di landasan, memang tak lepas. Semua landasan ada pintu kedua. Maknanya, selepas pintu MRT terbuka, baru pintu kedua terbuka. Jadi, sesiapa yang berangan nak BUNUH DIRI dengan terjun landasan di sini, LUPAkan sahaja ya!


Kenali Kakdell

Panggilan nama Kak Dell ini muncul ketika Dell menjadi senior di tahun akhir pengajian Bacelor Sastera (Pengkhususan Bahasa dan Linguistik Melayu) di UPM. Junior yang me'reka' panggilan ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan