Setelah berfikir dan bertanyakan pendapat daripada beberapa orang yang rapat dengan Dell, akhirnya Dell mengambil keputusan untuk berhenti mengajar tuisyen di Pusat Tuisyen tersebut. Cukuplah buat masa ni Dell mengajar anak-anak kawan dari dua buah keluarga. Ada beberapa sebab mengapa Dell perlu meninggalkan terus pusat tuisyen terbabit. Ianya berkaitan dengan prinsip Dell, ianya tidak boleh dibeli dengan wang ringgit. Pada mulanya, Dell bersetuju mengajar di situ walaupun jauh dan terpaksa melalui dua tol beserta kesesakan lalu lintas kerana ingin membantu pusat tuisyen orang Melayu kita tetapi ada beberapa perkara yang Dell tidak berkenan.
- Pengetua pusat tuisyen tersebut suka cakap berbelit-belit. Dalam telefon cakap lain, bila berjumpa cakap lain. Perjanjiannya sentiasa berubah-ubah terutama dari segi pembayaran upah.
- Pengurusan tidak teratur dan kelam-kabut. Kelas sentiasa berubah sehinggakan cikgu dan pelajar tak tahu nak masuk kelas yang mana satu.
- Subjek yang perlu diajar juga berubah-ubah. Seolah-olah, dek kerana tiada cikgu yang sesuai, dia menyuruh kita ganti. Dah dapat guru yang sesuai, diminta ajar lain pula (terasa dipergunakan sebab asal perjanjian bukan sebegitu).
Setelah keputusan dibuat antara Dell dan pengetua pusat tuisyen tersebut pada hari Isnin baru-baru ni (peletakan jawatanku), tiba-tiba Dell menerima banyak miss call dari pusat tuisyen terbabit dan satu sms meminta Dell datang mengajar esok kerana guru yang sepatutnya mengajar tu tak ada esok. Dell menghantar satu sms ringkas beserta alasan untuk mengelakkan diri dari datang terus ke tempat itu.
NOTA :
Satu hadis Nabi s.a.w yang direkodkan dalam Sahih al-Bukhari iaitu "Orang mukmin tidak boleh disengat dua kali dari satu lubang".
Maksudnya di sini : Setiap orang yang beriman perlu sentiasa peka dan tidak alpa sehingga boleh mengulangi kesilapan yang sama. Orang mukmin seharusnya bijak dan pandai membuat keputusan yang kedua sekiranya keputusan pertama tersasar.
Bahasa mudahnya : KITA DAH TAHU LUBANG ITU ADA ULAR YANG PATUK KITA... JANGAN HULUR TANGAN LAGI.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan