Selamat Datang ke Blog Dell!

Bersama Dell di Alam Maya
Sertai Saya

Pejabat Kecil



By  nurdilla zaini     Khamis, Januari 17, 2013    Labels: 
Syukur kerana tengahari tadi, meja belajar yang dah lama terkopak dapat dibaiki semula. Dell tahu ianya dapat digunakan semula suatu hari nanti jika dibaiki. Mujur tak dibuang sebelum ni.  Dell berhasrat untuk menjadikan bilik kecil di belakang sebagai pejabat kecil yang dipenuhi dengan rak buku. Ni pun, Dell dok kemas dokumen-dokumen penting disusun di dalam fail. Nasib Dell bertambah baik kerana ada seseorang yang sudi memberi beberapa buah fail terpakai untuk Dell. Jimat kos. 

Asalnya dulu bilik kecil tu dijadikan bilik stor. Tetapi Dell rasa tak gembira masuk ke dalam bilik tu ketika ambil barang. Banyak barang yang Dell perlu susun semula dan ada juga barang yang perlu dibuang. Kalau ada rezeki kemungkinan dapat kabinet. Tapi buat sementara ni, Dell nak susun elok-elok. Tapi tulah, letak dalam kotak tak semestinya elok kerana ada tu berkulat pula di dalamnya. Nak beli kotak plastik yang besar, mahal pula. Rak buku berpintu satu Dell pun rosak kena kulapok. Tapi takpe, Dell boleh cat setelah dibersihkan. Tak sabar hendak menyiapkan bilik ni! Gambatte!

Kenali nurdilla zaini

Panggilan nama Kak Dell ini muncul ketika Dell menjadi senior di tahun akhir pengajian Bacelor Sastera (Pengkhususan Bahasa dan Linguistik Melayu) di UPM. Junior yang me'reka' panggilan ini.

8 ulasan:

  1. Saya rasa kak ni mesti cermat orangnya. Kalau orang lain, beli sahaja perabot baru. Berusaha kak!

    BalasPadam
  2. Hehehe... sebenarnya meja belajar tu kepunyaan tuan rumah tetapi bekas penyewa rumah lama pi kopak meja tu tanpa pengetahuan saya sebab meja tu berada di dalam biliknya. Kalau dia beritahu saya, saya takkan bagi dia kopak meja tu walaupun dah bergoyang sbb ianya kepunyaan tuan rumah bkn kepunyaan kami. Selepas dia pindah, saya simpan meja tu di stor dan percaya boleh dibaiki tetapi sudah tak cantik krn terpaksa paku dengan cara lain. Huhu... tidak mengapa daripada membazir, kan? :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup. DIY sememangnya akan mendatangkan kepuasan kepada pengamalnya. Teringat saya kepada abah di kampung. Kami dulu semasa kecil selalu pergi ke tempat pembuangan sampah mencari alatan untuk dibaiki. Ada perabot seperti kerusi patah sikit sahaja satu kakinya dah dibuang. Abah ambil dan baiki. Kami adik beradik guna untuk buat kerusi belajar. Alhamdulillah, berkat usaha abah mengajar kami DIY, saya ni pun sekarang sukar nak buang benda-benda yang ada di rumah. Kalau boleh nak baiki semua.

      Padam
    2. betul tu... selagi boleh pakai, kita pakai. Sayang jika dibuang begitu sahaja. Kalau kreatif, ianya akan kelihatan seperti baru sehingga orang luar tak tahu bahawa ianya sebenarnya barangan terpakai. :)

      Padam
  3. Kat umah equine ke kak? Klau kat sana boleh la nanti sy pergi melawat akak..hehehe

    BalasPadam
  4. Datanglah husna... hehehe... :)

    BalasPadam
  5. Dahulu, saya tak percaya pejabat kecil di rumah mampu membuatkan saya produktif. Lebih baik rumah mempunyai meja belajar sahaja. Kemudian, apabila saya lihat bilik belajar saya asyik berselerak, saya terfikir tentang pejabat sendiri. SOHO katakan. Banyak buku motivasi keluaran Orang Puteh berkata tentang pejabat rumah (home office).

    Cuma, kalau di rumah, saya lebih kepada buat kerja tambahan. Kalau 8 jam buat di rumah kerja, memang tak jalan. Asyik youtube dan FB je. Hmmm.

    BalasPadam
  6. Mesti kamu selalu masuk dalam bilik pensyarah kan? Setiap pensyarah menyusun bilik mereka dengan pelbagai cara dan ada diantaranya itu menarik perhatian kita untuk belajar di dalam bilik seperti itu.

    BalasPadam