Selamat Datang ke Blog Dell!

Bersama Dell di Alam Maya
Sertai Saya

Kimmy Demam!



By  Kakdell     Sabtu, Januari 12, 2013    Labels: 
Teruk juga ya jika kucing kita DEMAM. Inilah kali pertama dalam hidup Dell merawat kucing yang demam dalam erti kata sebenar. Maksudnya, jaga makan minumnya, bagi ubat dan lain-lain. Macam menjaga anak kecil pula.

Beberapa hari sebelum Dell menghantar Kimmy ke vet, Dell perasan yang Kimmy selalu sangat baring di atas peti ais sedangkan dia tak pernah buat macam tu sebelum ini. Suara macam serak. Lama kelamaan, dia dah tak nak dekat dengan Dell (macam bawa diri duduk jauh-jauh). Tak gigit Dell seperti biasa dan kurang makan. Dell rasa semacam bila tiba-tiba bulunya gugur teruk bila didukung. Terus Dell periksa mulut Kimmy tapi dia asyik alih mukanya dan ketap mulut, rupa-rupanya ada bau busuk di mulutnya.

Jadi, Selasa lepas Dell bawa Kimmy ke Klinik Haiwan dan Surgeri, Taman Equine untuk rawatan. Kebetulan memang Dell hendak bagi rawatan kutu dan cacing untuk Kimmy. Mula-mula, ingatkan Kimmy keracunan. Rupa-rupanya, Kimmy DEMAM.

Suhu badan Kimmy 40 darjah celcius dan mulutnya kena ulcer. Disebabkan itulah, dia tak nak makan disebabkan luka di dalam mulut. Kimmy kena makan makanan basah (wet food). Jangan terkejut ya, kos perubatan Kimmy pada hari itu berjumlah RM139, itu pun setelah dapat diskaun (termasuk rawatan cacing, kutu dan ubat-ubatan).

Dalam masa seminggu ni, Dell kena bagi 4 jenis ubat kepada Kimmy iaitu ubat ulcer mulut, pil antibiotik, pil demam dan pil tahan sakit/bengkak. Kimmy kena makan 3 1/2 pil setiap hari serta diletakkan ubat ulcer di dalam mulutnya.

Bukan senang tau nak suruh Kimmy makan ubat. Nampak picagari je dia hilang! Nak suruh telan pil-pil tadi tu, dia mesti kacip mulutnya supaya tak boleh buka. Memang kena paksa. Tapi selepas diberi ubat, dia ok pula. Makan dan minum pun bersuap. Kalau tak, tak makan. Dah macam Dr. Vet pula di rumah. Dulu takut juga nak bagi dia makan ubat sendiri tapi Dr. Vet dah ajar cara-caranya... mudah sikit. Banyak juga ilmu haiwan yang Dell belajar di klinik Vet.

Hari ni, Kimmy dah aktif semula. Cuma dia masih makan wet foodApa-apa pun, alhamdulillah Kimmy dah semakin sihat semula. :)

NOTA : 
Selepas Kimmy diberi rawatan, Dell perasan Kimmy macam berterima kasih kepada Dell kerana tolong ubatkan dia. Nampak melalui tingkah laku dia selepas pulang dari Klinik Vet. Cara dia dekat dengan Dell dan raut mukanya.  

Sebelum terlupa, mungkin kerana berkat membantu seekor kucing... rezeki Dell bertambah dari sudut yang Dell tak sangka-sangka. Dapat cover balik duit perubatan Kimmy dalam masa dua hari ni. Alhamdulillah. 

Kenali Kakdell

Panggilan nama Kak Dell ini muncul ketika Dell menjadi senior di tahun akhir pengajian Bacelor Sastera (Pengkhususan Bahasa dan Linguistik Melayu) di UPM. Junior yang me'reka' panggilan ini.

2 ulasan:

  1. Comel kucing puan! Saya ni memang minat nak bela kucing tapi masih was-was. Mungkin kena buat solat sunat istikhorah dahulu. Hmmm.

    Semoga kucing puan sihat senantiasa.

    BalasPadam
  2. Terima kasih... Sebenarnya, Kimmy ni kucing jalanan yang saya jumpa di kawasan tempat letak kereta rumah pada tahun 2010. Waktu itu, dia berumur 6 minggu. Kisah di label 'kasih si kuning' inilah diceritakan bagaimana saat bermulanya kisah saya bersama kucing... :)

    BalasPadam