Selamat Datang ke Blog Dell!

Bersama Dell di Alam Maya
Sertai Saya

Tanya Sama Pokok



By  nurdilla zaini     Ahad, Januari 13, 2013    Labels:, 
Tiba-tiba minggu lepas, Dell diminta mengajar pelajar-pelajar sekolah rendah dari darjah 1 - 6 atas kepercayaan Pengetua Pusat Tuisyen. Sedangkan Dell lebih tertumpu kepada pelajar sekolah menengah. Kiranya menyahut cabaran la ni.

Macam-macam ragam. Kebiasaannya, Dell mengajar secara perseorangan atau berdua. Ini di dalam kelas yang majoritinya mempunyai 10 pelajar. Benar-benar menguji kesabaran menghadapi karenah mereka.

Hari Khamis lepas merupakan kelas pertama Dell mengajar pelajar Darjah 1 - 3. Pening juga hendak menyediakan modul mereka memandangkan ada yang masih tidak boleh membaca bercampur dengan mereka yang cepat tangkap pembelajarannya.

Adalah satu kebiasaan apabila pelajar Darjah 3 akan membuat mimik muka tidak puas hati ketika kita menyuruh mereka mengulangkaji pelajaran bermula Darjah 1 semula. Mereka merasakan mereka sudah pandai. 

Untuk permulaan, Dell mengajar tentang Huruf Vokal dan Huruf Konsonan. Selepas itu, baru Dell mengajar Kosa Kata Terbuka dan Kosa Kata Tertutup. Rupa-rupanya mereka masih lagi keliru pada peringkat awal. Dell suka mengajar menggunakan PETA MINDA. Mudah hendak faham. 

Selepas itu, Dell suruh mereka menyanyikan lagu yang terdapat di atas kertas salinan yang Dell beri kepada mereka. Terkejut mereka. Mereka ingat Dell suka-suka suruh menyanyi DUA lagu iaitu Tanya Sama Pokok dan Jong-jong Inai. Dell suruh mereka senaraikan perkataan yang mempunyai Dua Suku Kata Terbuka, Dua Suku Kata Tertutup dan Tiga Suku Kata Terbuka.

Ketika jam masa Dell mengajar mereka telah tamat, mereka tanya, "Cikgu hendak pergi mana? Tak ajar kami untuk subjek lain?". Dell pun menjawab, "Cikgu mengajar subjek BM sahaja, subjek lain ada cikgu lain ajar. Jumpa lagi minggu depan ya."

NOTA :
Di dalam sesebuah kelas, mesti akan ada seorang anak murid yang apabila kita melihatnya sejuk je hati walaupun dia pendiam... Mereka tak sabar nak dengar Dell bercerita untuk bahagian Sastera pada kelas yang masa akan datang. :)

Kenali nurdilla zaini

Panggilan nama Kak Dell ini muncul ketika Dell menjadi senior di tahun akhir pengajian Bacelor Sastera (Pengkhususan Bahasa dan Linguistik Melayu) di UPM. Junior yang me'reka' panggilan ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan