Selepas kami membeli tiket pelancong tu, kami terus naik MRT ke Bugis. Perkara pertama yang kami cari di sana adalah masjid. Maklumlah, kami semua kan musafir. Masjidlah merupakan tempat pertama kami perlu pergi. Di sana kami boleh berehat sebentar sebelum kami memulakan perjalanan kami. Almaklumlah, check-in hotel lambat lagi iaitu pada pukul 2.00 petang. Masjid yang kami jumpa di sana adalah Masjid Sultan.
Cantikkan masjid ni. Masjid ini merupakan masjid tertua di sini. Terletak di Kampung Glam. Nak tahu lebih lanjut tentang masjid ni boleh baca di sini : Masjid Sultan.
Tandas di sini sangat bersih, selesa dan wangi. Terasa sangat segar setelah kami mengambil air wuduk. Kami berkesempatan solat di sini. Dek kerana keselesaan masjid ni, kami tak sedar tertidur sekejap di sini selepas solat.
Pandangan luar masjid. |
Ini ruangan solat untuk lelaki. |
Ini pula ruangan solat untuk wanita di tingkat atas.
|
Bilah kipasnya sangat menarik perhatian kami.
|
Penerangan mengenai apa itu Islam terdapat di pintu masuk masjid untuk para pengunjung. |
Selepas sejam kami berada di sini, kami pun memulakan perjalanan JALAN-JALAN CARI MAKAN.
Baca :
Tiada ulasan:
Catat Ulasan