Hari Khamis lepas, pengetua di pusat tuisyen Dell meminta persetujuan Dell untuk mengajar pelajar-pelajar tingkatan 3 kerana guru yang sepatutnya mengajar (kerana beliau merupakan seorang guru penanda kertas soalan peperiksaan besar sekolah) tidak mahu mengajar pelajar menengah rendah. Alasannya ialah beliau merupakan guru tingkatan 6 dan tidak reti hendak mengajar pelajar level bawah. Sedangkan pusat tuisyen mengharapkan pengalamannya itu dikongsi dengan pelajar-pelajar tersebut.
TERUS TERANG Dell kata Dell tidak suka alasan ini!
Kalau diikutkan, Dell ni mempunyai pengalaman mengajar subjek BM untuk pelajar Diploma sebelum ni dan Dell berkelulusan tinggi tetapi Dell sanggup mengajar pelajar Tahun 1 yang tidak tahu membaca! Ini yang Dell sedang lakukan. Kini Dell mengajar BM untuk pelajar dari Darjah 1 sehingga Tingkatan 5. Bukannya TARAF Dell jatuh pun jika mengajar pelajar-pelajar sekolah rendah.
Kepandaian dan kecerdikan Dell tidak akan terjejas dengan mengajar mereka. Malah mereka kagum dengan kita dan ingin menjadikan kita sebagai idola mereka untuk berjaya. Dell nampak semangat mereka tu apabila soalan-soalan yang mereka tuju kepada Dell berkaitan dengan kehidupan di universiti dan alam pekerjaan walaupun mereka masih kecil. Sudah menjadi lumrah Dell akan mendedahkan mereka ni sedikit dengan ilmu luar agar mereka tahu untuk mempraktikkannya dalam kehidupan harian dan panduan untuk mereka nanti di luar sana. Setiap kali mengajar mesti Dell akan kaitkan pengajaran pada hari itu dengan hal di luar agar fikiran mereka lebih terbuka dan dapat berfikir, bukan setakat menghafal semata-mata.
Dell berharap jangan ada ramai yang berfikiran seperti ini nanti.
NOTA :
Beberapa tahun lepas, Dell pernah berpengalaman mengajar pelajar Cina darjah 6 yang bersekolah SJKC, hanya bercakap bahasa Melayu dengan Dell sahaja. Pencapaiannya agak lemah kerana markahnya dalam 50% sahaja. Bayangkan, Dell mengajar seseorang pelajar yang TIDAK TAHU apa itu air sirap dan kosa kata Melayunya yang sangat terhad! Alhamdulillah, dia dapat 7A dalam UPSR untuk kesemua subjek terutamanya subjek BM.
Disebabkan dia rajin dan ikut segala tunjuk ajar Dell, keputusan BM dia semakin meningkat. Dari 50% ke 60% sehinggalah statik 80% ke atas. Kalah pelajar Melayu kalau dibandingkan penulisan BM dia sekarang ni. Maknanya, jika kita betul-betul ikhlas mengajar, insya-Allah perkara yang susah akan menjadi mudah dengan syarat memang kena banyak SABAR.

aien seorang yang garang bile sampai bab mengajar.. hehe
BalasPadamhehehe... payah saya nak marah anak orang nie...
BalasPadamTeringat pula cikgu di Indonesia ketika saya melawat ke sana. Seorang cikgu ditugaskan sebuah kelas. Jadi mereka boleh mengajar kesemua subjek dari bahasa Indonesia sehingga Kenegaraan. Hebat.
BalasPadamMungkin boleh dijadikan contoh buat golongan pendidik di Malaysia.
Yang penting ikhlas dalam mengajar agar ilmu yang diterima oleh anak murid berkat dan mereka akan berjaya dunia dan akhirat
Padam