Selamat Datang ke Blog Dell!

Bersama Dell di Alam Maya
Sertai Saya

Apple Pujaan Hatiku



By  nurdilla zaini     Jumaat, Februari 01, 2013    Labels:, 
Setelah Dell fikir masak-masak, akhirnya Dell ingin memiliki salah satu gajet jenama Apple yang pernah menjadi idaman Dell suatu masa dulu. Tak terfikir sebenarnya yang kini Dell mampu memilikinya sedangkan dulu Dell hanya pendamkan sahaja impian itu.

Gajet yang benar-benar menggugat keimanan Dell waktu ini ialah Mini iPad. Dell cukup berkenan dengan warna putih! Semalam puas Dell mencari gajet ni di sekitar Pavilion-Low Yatt Plaza-Berjaya Time Square-The Gardens-Mid Valley, malangnya semua kehabisan stok. Jadi Dell terpaksa menunggu stok baru sampai. Ah, terseksa jiwa dan raga!

Dell berani membeli gajet ini kerana Dell tidak perlu fikir tentang yuran pengajian. Malahan, elaun sara hidup yang diberi melebihi gaji kerja Dell sebelum ini kerana tak potong KWSP. Peruntukan di situ dulu dapat dialihkan ke tempat lain. 

Lagipun, Dell bukan ingin memiliki gajet ini untuk suka-suka. Dell sudah senaraikan beberapa faktor yang releven untuk Dell memilikinya. 
  1. Mudah dibawa ke mana-mana kerana ringan dan kecil. Senang untuk Dell bawa ketika sedang melakukan penyelidikan di mana-mana. Laptop berat.
  2. Senang hendak rujuk GPS ketika hendak ke sesuatu destinasi. Selama ni guna GPS iPad sepupu jika hendak ke mana-mana.
  3. Sekiranya Dell sedang menunggu komuter atau apa-apa saja yang melibatkan Dell terpaksa menunggu lama, sekurang-kurangnya Dell boleh membaca sesuatu melalui gajet tersebut seperti nota, jurnal atau apa-apa artikel. Tidaklah terasa membuang masa. (Dell perhatikan kebanyakan rakyat Singapore menggunakan gajet seperti ini untuk membaca artikel ketika berada di dalam MRT selain main games).
  4. Mudah untuk Dell update maklumat di FB, blog, emel dan lain-lain ketika berada di luar rumah. 
  5. Senang untuk Dell membuat rujukan sesuatu maklumat ketika berada di mana-mana.
  6. Mini iPad umpama sebuah buku menggantikan bahan bercetak (untuk artikel online). Contoh, ketika Dell sedang menaip tesis atau artikel di laptop, Dell cuma perlu rujuk melalui gajet tu di sebelah tanpa perlu Dell asyik minimize window sehingga terganggu tumpuan menulis, kadang-kadang terkeliru sedang membaca baris yang mana satu di artikel online tersebut.

NOTA :
Dah selamat download iTunes dilaptop untuk memudahkan Dell transfer apa-apa yang berkaitan dari Mini iPad ke laptop. Woha!









Kenali nurdilla zaini

Panggilan nama Kak Dell ini muncul ketika Dell menjadi senior di tahun akhir pengajian Bacelor Sastera (Pengkhususan Bahasa dan Linguistik Melayu) di UPM. Junior yang me'reka' panggilan ini.

2 ulasan:

  1. Saya tersenyum sahaja baca ini. Saya pun nak! Cuma perlu berusaha gigih untuk kumpul duit beli 1. Adik saya sudah beli iPad. Saya lihat gigih dia berFacebook dengan iPad itu... Cemburu juga tapi bukan rezeki saya buat masa ini.

    BalasPadam
  2. Hehehe... tidak mengapa. Lambat laun adalah rezeki tu. Saya pun antara terlewat memiliki gajet seperti ini berbanding saudara mara dan rakan-rakan lain. Sayang duit sebenarnya, tapi memikirkan byk kemudahannya... saya pejamkan mata je ni. Lagi satu, saya dapat jimat elektrik. Tak perlu saya buka laptop seharian seperti skrg ni. :)

    BalasPadam