Semalam seharian Dell bersama dengan supervisor Dell membincangkan tentang penyelidikan kami. Selepas kerja kami siap, supervisor Dell ajak Dell makan tengah hari di Mines. Sebenarnya, kami tak tahu nak makan di restoren mana semalam. Selalu singgah Pizza San Fransisco, Secret Receipi dan Kenny Rogers. Sedang kami berpusing-pusing mencari restoren yang lain, ternampak Restoren The Garden. Baru buka di sini rupa-rupanya. Selama ni, Dell cuma pernah nampak di Alamanda dan Mid Valley.
Mula-mula, kami tak perasan restoren ni kerana susunan bunga di depan restoren ini kelihatan seperti kedai bunga. Setelah diamati, baru perasan The Garden. Dell suka sangat dengan suasana restoren ini. Warna putih memang warna kesukaan Dell. Kami memilih untuk duduk di sudut tepi restoren ini.
Menu yang disediakan di sini membuatkan kami rambang mata! Semua kelihatan sangat sedap. Ini antara menu utama dan dessert yang kami pilih.
Dell memilih Lamb Shank. Teringin nak mencuba. Memang dagingnya sangat lembut dan juicy. Kentang lenyeknya pun sedap sesuai dengan sos yang diletakkan. Persembahan menu ini di dalam pinggannya sangat menarik dan cantik sehinggakan kami terasa sayang nak makan.
Ini pula menu pilihan supervisor Dell. Beliau memilih ayam kerana tak boleh makan kambing. Katanya sangat sedap dan lembut ayam ni.
Untuk dessert kami memilih dua menu iaitu :
Selera betul supervisor Dell makan kali ni. Beliau menambah menu lain iaitu French Fries dan Cappucino selepas minum Jus Oren. Manakala, Dell hanya memilih air kegemaran Dell iaitu Chocolate Shake.
Dell memang dah lama teringin nak merasa menu di restoren The Garden ni. Baru dapat peluang. Makanan yang kami pilih semuanya sangat sedap termasuk airnya. Terima kasih kepada supervisor Dell kerana sudi belanja Dell makan di sini semalam.
NOTA :
Dengan muka tak malu Dell meminta untuk pinjam kamera telefon bimbit beliau kerana kamera telefon bimbit Dell rosak. Mujur dia ok dan tak kisah. Beliau tahu Dell ambil gambar makanan ni untuk menulis blog. Dell bandingkan gambar menu yang diambil dengan gambar hiasan menu The Garden itu sendiri. Cantikkan persembahan menu mereka, seperti di dalam katalog menu!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan