Semalam Dell tidak melepaskan peluang untuk makan malam di DownTown Mines dengan salah seorang sahabat Dell, Kak Sue. Lagipun ini kali pertama Dell datang menjengok DownTown Mines ni. Setelah puas berjalan, Dell mencari gerai makan yang berada di situ.
Ini dia menu pilihan Dell iaitu Coconut Dell dan Mee Cambo. Kali pertama mendengar nama menu Mee Cambo. Apalagi Dell teringin nak mencuba.
Dell mencuba Mee Cambo Special. Specialnya terletak pada 4 biji telur burung puyuh. Rasa sup mee ni boleh tahan la. Banyak bebola daging dan isi daging di dalamnya. Cuma Dell tak berapa suka dengan rasa meenya. Meenya terlalu lembik dan tiada rasa mee. Ada satu je kekurangan untuk makan mee ni iaitu tiada sambal kicap. Maklumlah, Dell kan orang Johor, mana boleh tinggal sambal kicap ni. Kiranya Dell tak puas makan! Huhu. Harga semangkuk Mee Cambo Special ni RM6.
Ini pula Coconut Shake. Kali pertama Dell merasa minuman ni. Campuran ais, air kelapa, isi kelapa dan satu scoop aiskrim vanila membuatkan rasanya sedap cuma Dell memang kurang suka makan isi kelapa. Kisaran isi kelapanya tidak hancur habis, jadi ianya membuatkan Dell lambat sedikit untuk menghabiskannya. Harganya pula RM3.
Ini pula menu yang dipilih oleh sahabat Dell tu iaitu Kueh Teow Goreng Kerang. Harga RM4 sepinggan tapi memang sedap dan banyak bahan didalamnya. Ada kerang, ada Fishball, Fishcakes dan Sotong. Rasanya macam nak datang makan kat sini lagi jika berpeluang. Nak cuba Char Kueh Teow Gorengnya pula. :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan