Selamat Datang ke Blog Dell!

Bersama Dell di Alam Maya
Sertai Saya

Roti Boy



By  Kakdell     Jumaat, Februari 15, 2013    Labels: 
Dulu Dell tidak berapa suka makan Roti Boy nie sebab ada rasa kopi sehinggalah beberapa minggu lepas sepupu Dell beli Roti Boy Original. Terus Dell jatuh cinta. Nak dijadikan cerita sebelum kami pulang dari KLCC tadi, kami singgah sekejap di Kedai Roti Boy ni. Jadi Dell pun teringin nak beli Roti Boy Original. Malangnya, perisa yang Dell nak tu dah habis dan hanya tinggal satu perisa sahaja iaitu Roti Boy Mocha. Melihat sepupu membeli dua keping, Dell cuba beli sekeping. Nak merasa kononnya. 

Setelah gigit beberapa kali roti ni, Dell ternampak ada cairan coklat di dalamnya! Oh, my favourite! 


Terasa menyesal pula tak beli beberapa keping. Boleh dibuat sarapan. Makan panas-panas. Terasa nikmat makan dengan secawan kopi. Harga roti perisa ini RM2.50 sekeping. Sekeping pun dah rasa kenyang. Cubalah!

Kenali Kakdell

Panggilan nama Kak Dell ini muncul ketika Dell menjadi senior di tahun akhir pengajian Bacelor Sastera (Pengkhususan Bahasa dan Linguistik Melayu) di UPM. Junior yang me'reka' panggilan ini.

2 ulasan:

  1. Saya selalu beli Roti Boy kala saya melepak di Alamanda Putrajaya. sama seperti kak, saya juga menggemari rasanya yang enak!

    BalasPadam
  2. Sebenarnya dulu, akk tak tahu pun yang Roti Boy ni ada banyak perisa. Akak ingatkan satu perisa sahaja. Akak diperkenalkan oleh kawan yang Roti Boy perisa kopi semata-mata. Akak suka minum kopi sahaja tetapi kurang mengemari kopi di dalam lain-lain makanan. Setelah sepupu perkenalkan perisa Original, tekak akak dapat menerima roti ni dan pada akak ianya sangat sedap! Semalam pula, dapat merasa perisa yang ada lelahan coklat di dalamnya, oh, sangat mengujakan! Adakah roti ini terdapat di Mines?

    BalasPadam