Beberapa minggu ni Dell banyak menumpukan subjek Sains dan Matematik untuk sekolah rendah dan sekolah menengah. Dah lama Dell meninggalkan subjek ini, Dell bukanlah terror dalam subjek matematik tetapi Dell bersyukur dapat mengajar mereka dari peringkat asas. Atas kepercayaan keluarga mereka, Dell bantu. Alhamdulillah, mungkin kerana niat baik untuk membantu, Dell diberi ilham dan dipermudahkan untuk mengajar subjek tu. Jika diikutkan, subjek utama yang perlu Dell ajar adalah BM.
Manakala untuk subjek Sains, subjek itu merupakan subjek kegemaran Dell ketika sekolah menengah. Apa yang cikgu Dell ajar masa sekolah dulu, memang ternampak seperti wayang gambar ketika Dell mengajar mereka. Jadi, Dell mengulang semula apa yang cikgu Dell ajar dulu dan sertakan sedikit kretiviti untuk membantu mereka memahami konsep serta dapat kaitkan dengan kehidupan harian.
Dell mengajar subjek-subjek tersebut dalam bahasa Melayu. Memang Dell sudah cakap awal-awal kepada keluarga mereka tentang hal ini kerana Dell belajar kedua-dua subjek ini dalam BM ketika bersekolah dulu. Mereka bersetuju. Dell rasa gembira kerana nampak peningkatan mereka memahami subjek-subjek tersebut sekarang ini. Terasa puas sebenarnya.
Dell selalu memberitahu mereka supaya menonton National Geography, Discovery Channel dan The Animal Planet untuk memudahkan mereka faham tentang sains. Dell gembira kerana memang mereka kerap menonton saluran tersebut setelah Dell bercerita tentang keseronokan menonton rancangan seperti itu dan kaitkan dengan sains yang dipelajari dengan kehidupan mereka. Dell memberitahu mereka bahawa ketika Dell sebaya mereka, tiada internet seperti sekarang manakala nak langgan Astro tak mampu jadi Dell menonton rancangan-rancangan tersebut di TV dan juga suka membaca ensiklopedia sama ada di rumah mahu pun di perpustakaan.
Dell beritahu mereka bahawa Dell memang suka menonton TV ketika kecil dan Dell juga suka menonton drama bersiri seperti CSI, The X-Files, Emergency Room, Chicago Hope dan lain-lain yang melibatkan dunia sains. Sekurang-kurangnya, ianya memberi kita gambaran tentang dunia sains.
NOTA :
1. Niat baik selalu dipermudahkan oleh Allah. Setiap kali mengajar mereka untuk subjek Matematik dan Sains, Dell akan baca dulu nota di buku teks mereka kemudian terangkan kepada mereka. Dell hanya baca sekejap sahaja nota tersebut dan dapat memahaminya dalam masa yang singkat dan terus dapat idea bagaimana hendak menerangkan kepada mereka dengan pelbagai cara sehingga mereka faham.
2. Secara tidak langsung, Dell turut belajar semula subjek-subjek tersebut melalui mereka. Terasa seronok juga menyelesaikan soalan-soalan untuk kedua-dua subjek tersebut.
3. Mudah-mudahan ini merupakan ilmu bermanfaat yang Dell dapat tinggalkan sebagai saham Dell di akhirat nanti.
Saya pula yang mengajar bahasa Inggeris diminta ajar Sains dan Matematik dalam BI. Hmmm. Saya tolak tawaran itu dan katakan kepada budak-budak yang saya ajar lebih mudah kalau nak belajar Sains dan Matematik dalam BM.
BalasPadamMana taknya, kalau saya cakap BI mereka termenung seperti saya cakap seorang diri sahaja. Apatah lagi kalau nak diajar sains dan matematik dalam BI.
Apa yang menariknya, apabila saya selitkan pengajaran saya dengan sains, mata mereka bercahaya. Mungkin saya boleh jadikan isi menulis tentang sains dalam BI buat mereka.
p/s: Kak, saya tulis jurnal tentang mereka di sini http://www.mewritemanglish.my/
Jangan bagitau maknya yea sebab saya tulis ini buat rekod pengalaman saya bagaimana nak mengajar budak-budak BI.
Ada di antara mereka tetap hendak menjawab soalan matematik dalam BI, mudah katanya. Saya tanya apa beza seventeen dan seventy? Mereka tak tahu beza. Saya tanya boleh eja tak perkataan tadi tu? Mereka kata lupa. Selepas tu, saya cakap lupakan sahaja untuk menjawab dalam BI. Baik guna bahasa ibunda sendiri iaitu BM. Mereka berkata hendak tulis BI kerana mereka menghafal. Saya kata kalau hafal tak tahu konsep, sangat bahaya. Dibuatnya kamu panik ketika peperiksaan besar, terus lupa yang kamu hafal. Mereka diam.
BalasPadamSaya sangat setuju dengan kak.
PadamApabila mula ajar ni baru saya tahu, pemikiran budak-budak lain dengan pemikiran kita yang sudah dewasa ini.
Saya yakin kak memang seorang cikgu yang mampu menjadi cahaya buat mereka lebih memahami sains dan matematik. (y)